2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Robot membantu menurunkan obesiti

HONG KONG - Seorang graduan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) di Amerika Syarikat (AS) mencipta sebuah robot yang boleh membantu penggunanya menurunkan berat badan.

Pengguna boleh mengadakan perbualan setiap hari dengan Autom, robot setinggi 38 sentimeter yang mampu mengira kalori dan memberi maklum balas serta galakan dalam usaha mereka untuk melakukan diet.

Bagi golongan yang tidak suka membaca buku panduan, pembekal memang tidak menyediakannya. Autom sudah bersedia untuk berkhidmat sebaik-baik sahaja ia dihidupkan.

Matanya yang berwarna biru terbuka dan kepalanya berpusing-pusing sementara sebuah komputer di dalam kepalanya membolehkan Autom mencari wajah manusia di hadapannya dan bertentang mata dengan manusia itu.

"Helo, saya Autom! Sila tekan salah satu butang di bawah untuk bercakap dengan saya. Saya bersedia untuk bermula. Mari kita bekerjasama," katanya dengan suara wanita dalam bahasa Inggeris pelat Amerika.

Pengguna memasukkan butir-butir peribadi mereka pada skrin robot itu sebagai menjawab soalan mengenai berat badan, diet, program senaman dan matlamat.
Lama-kelamaan Autom menghimpunkan maklumat mengenai kekuatan dan kelemahan pengguna dalam melakukan diet bagi menyesuaikan soalan dan nasihatnya mengikut keperluan pengguna.

Autom ialah rekaan Cory Kidd, seorang graduan MIT yang memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang interaksi manusia-robot. Robot itu dijadual memasuki pasaran AS hujung tahun ini, dengan harga runcit sekitar AS$500 (RM1,600).

Pasaran produk menurunkan berat badan di AS yang bernilai AS$80 bilion (RM256 bilion) sudah pun menjadi sasaran Nintendo dengan permainan komputernya Wii Fit dan My Weight Loss Coach, tetapi Kidd berharap Autom akan memberi cara lebih peribadi untuk pengguna memanfaatkan teknologi bagi menurunkan berat badan.

Autom ialah robot generasi baru yang boleh menyesuaikan tingkah lakunya untuk berinteraksi dengan manusia.

Syarikat Kidd, Intuitive Automata beribu pejabat di Hong Kong. Autom juga boleh bertutur dalam bahasa Kantonis dan Mandarin. - AFP
Adam MeRAH , Selasa, Mei 11, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog