
Vanessa Huggens bersama teman lelakinya, Zac Ephron semasa menonton pertandingan bola keranjang di Los Angeles baru-baru ini. Orang ramai gempar bila gambar bogel Vanessa tersiar di Internet. - REUTERS
Kerajaan negeri New South Wales minggu ini melancarkan kempen pendidikan bagi memerangi amalan 'sexting' yang semakin meningkat dengan menyatakan imej-imej seumpamanya atau pesanan teks berbaur lucah boleh disiarkan di Internet atau diedarkan kepada orang lain, yang akhirnya menjadi satu kes gangguan atau serangan seksual.
'Sexting', gabungan perkataan sex (seks) dengan text (teks), menjadi kebimbangan ibu bapa dan pihak sekolah di seluruh dunia berikutan berkembangnya teknologi telefon berkamera dan tapak rangkaian sosial di Internet tetapi imej-imej itu juga boleh diklasifikasikan sebagai pornografi kanak-kanak mengikut undang-undang."Orang muda lazimnya tidak memikirkan kesan daripada tindakan mereka. Apa yang mereka fikir sekadar gurauan atau menggoda di alam maya, boleh menjadi sesuatu yang amat merosakkan jika ia jatuh ke tangan orang jahat," kata Menteri Perkhidmatan Masyarakat NSW, Linda Burney dalam kenyataan.
"Amat menakutkan bila memikirkan apabila imej-imej seumpamanya disiarkan dalam talian atau telefon, sesiapa sahaja di mana juga di dunia boleh mempunyai akses kepadanya. Ia kemudiannya amat mustahil untuk mengambil balik atau memadamkannya.
''Gambar-gambar itu akan kekal di situ dan merosakkan prospek kerjaya masa depan atau perhubungan," ujarnya sambil menambah kerajaan telah menerima aduan gadis semuda 13 tahun menghantar imej bogel dirinya kepada teman lelaki, yang kemudiannya diedarkan kepada rakan-rakan lain atau lebih jauh bila hubungan berakhir.
Di Amerika Syarikat, satu kaji selidik tahun lalu mendapati satu daripada setiap lima remaja mengaku ada menghantar atau menyiarkan gambar boleh atau separuh bogel mereka sendiri ke dalam Internet, dan 39 peratus mengaku mengutus atau menyiarkan mesej berbaur seks, menurut Kempen Kebangsaan untuk Menghalang Remaja dan Kehamilan Tidak Terancang.
Pelakon remaja dari filem popular High School Musical, Vanessa Hudgens terpaksa berdepan dengan cemuhan apabila gambar separuh bogel yang dihantar kepada teman lelakinya, Zac Ephron (pelakon utama filem yang sama) tersiar di Internet. - REUTERS
Sabtu, Mei 08, 2010
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Remaja diingat jauhi 'sexting' silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "