Bahan rujukan proses dadah dimuat turun secara percuma
KUALA LUMPUR: Kebanjiran pelbagai laman web dan blog dadah di internet dikenal pasti antara faktor peningkatan jumlah penagih dadah sintetik di negara ini, terutama remaja dan belia.
Difahamkan, kebanyakan bahan rujukan itu dimuat turun secara percuma oleh penagih dadah untuk memproses sendiri bekalan, termasuk dijual kepada pelanggan masing-masing.
Sumber memberitahu Berita Harian, tiada kawalan khusus terhadap laman web atau blog sedemikian di negara ini, sebaliknya sekatan lebih bertumpu kepada laman pornografi atau yang memaparkan isu sensitif seperti politik, kaum dan agama.
“Jika dulu, penagih bergantung untuk bekalan mereka daripada pengedar. Bagaimanapun, kecanggihan teknologi internet memberi mereka kemudahan memproses sendiri bekalan dadah pada kos yang minimum.
“Ada yang mula-mula (membuat dadah) untuk kegunaan sendiri, kemudian menjadi pengedar hingga meraih keuntungan lumayan dan hidup mewah,” katanya.
Katanya, contoh terbaik ialah kes membabitkan pelakon terkenal, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 32, apabila polis merampas ‘pen drive’ mengandungi dokumen cara memproses methaphetamine (syabu) dari stor di rumahnya.
“Dokumen The Art of Methaphetamine Manufacture itu dipercayai dimuat turun dan memaparkan kaedah lengkap pemprosesan syabu, termasuk bahan campurannya. Ia turut disertakan teknik memproses secara visual.
“Ini yang dibimbangkan, kerana teknologi itu disalahgunakan bagi tujuan jenayah. Jika tidak ditangani, kita bimbang tidak mampu mencapai sasaran `Malaysia Sifar Dadah 2015’,” katanya.
Sepanjang Januari hingga Disember 2009, Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (Bionadi) merekodkan 15,736 penagih di seluruh negara, meningkat 27.4 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya membabitkan 7,123 penagih baru dan selebihnya penagih berulang. – Berita Harian
Oleh Hardi Effendi Yaacob
hardi@bharian.com.my

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "