SAN FRANCISCO - Perkembangan laman jaringan sosial Facebook daripada 'rumah kelab dalam talian' kepada kuasa ekonomi Internet telah meningkatkan kebimbangan yang ia kini dalam proses untuk menukarkan status daripada bersifat hak peribadi kepada keuntungan.
Langkah syarikat California itu menyediakan kemudahan perisian 'binaan dalam' yang membolehkan komuniti melalui dalam talian mengikuti mereka dalam sebarang laman web telah mencetuskan kemarahan pengguna laman peribadi itu.
Apabila pengguna Facebook mengunjungi laman web dengan 'graf terbuka' binaan dalam, tingkap di skrin akan menunjukkan aktiviti mana-mana rakan daripada laman sosial tersebut dan apa yang mereka katakan terhadap satu sama lain.
Meskipun pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg berkata, perubahan itu sebagai sebahagian daripada anjakan yang tidak dapat dielakkan bagi menjadikan ia lebih peribadi selain memberikan pengalaman berbeza, namun sesetengah pihak melihatnya sebagai sesuatu yang 'menyeramkan'.
"Laman web itu sedang mengalami satu perubahan penting ketika ini," menurut Zuckerberg semasa mengumumkan platform pengubahsuaian pada persidangan pemaju f8 di San Francisco pada 21 April lalu.
Pengguna peribadi mendakwa bahawa Facebook sedang mengkhianati ahli-ahlinya menerusi perkhidmatan itu yang digunakan sebagai satu cara untuk berkongsi kehidupan peribadi mereka bersama rakan-rakan yang lain.
"Ini merupakan satu peralihan daripada perkongsian hak peribadi kepada Facebook, sekali gus menjadikan kategori maklumat sangat mudah untuk membina jaringan perniagaan," kata peguam Kurt Opsahl daripada kumpulan pertahanan hak Internet, Electronic Frontier Foundation.
"Ia seolah-olah menunjukkan seperti mereka mengunjungi mana-mana laman web dan berkata 'Kami memiliki banyak maklumat peribadi pengguna, bagaimana dengan kamu pula?" katanya.
Laman jaringan sosial Internet itu yang meraih peningkatan jumlah pengguna kepada 400 juta orang di seluruh dunia memulakan operasinya pada 2004 sebagai satu kaedah untuk golongan pelajar berinteraksi antara satu sama lain. - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "