LONDON 11 Mei - Usaha untuk menghasilkan vaksin yang diaktifkan dengan peluh manusia, dan untuk mengawal nyamuk dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan karnivor adalah antara 78 projek sains yang mendapat pembiayaan Yayasan Bill & Melinda Gates semalam.
Setiap projek akan menerima sumbangan kewangan berjumlah AS$100,000 (RM320,000) bagi menjalankan penyelidikan lanjut, menurut yayasan yang memiliki dana AS$34 bilion (RM108.8 bilion) kendalian bilionair pengasas Microsoft, Bill Gates.
Yayasan itu membiayai projek-projek sains yang bertujuan untuk memperbaiki tahap kesihatan di seluruh dunia.
Projek lain termasuk menghasilkan mikroskop telefon bimbit berkos rendah untuk mendiagnosis malaria, menggunakan ultrabunyi sebagai alat kontraseptif bagi lelaki, skarf yang dirawat dengan racun serangga dan menggunakan sistem pengimejan untuk mencari dan memusnahkan parasit dengan vaksin laser.
"Kami yakin sesetengah idea itu akan menghasilkan inovasi dan akhirnya penyelesaian yang dapat menyelamatkan nyawa," kata Tachi Yamada, wakil program kesihatan global Yayasan Gates.
Pemenang adalah daripada universiti, institut penyelidikan dan pertubuhan bukan untuk keuntungan dari 18 negara di seluruh dunia.
Sekumpulan saintis dari Jerman akan menggunakan sumbangan kewangan itu untuk menghasilkan nanopartikel yang menembusi kulit menerusi folikel rambut dan pecah untuk mengeluarkan vaksin apabila tersentuh dengan peluh manusia.
Bantuan kewangan itu akan juga membantu penyelidik untuk mencari cara baru bagi memerangi malaria, termasuk sepasukan saintis di Uganda yang menguji keupayaan tumbuh-tumbuhan pemakan serangga bagi mengurangkan bilangan nyamuk.
Sumbangan itu diberikan melalui skim Eksplorasi Cabaran Besar yang menyalurkan dana AS$100 juta (RM320 juta) dalam tempoh lima tahun bagi menggalakkan inovasi dalam meningkatkan kesihatan global.
Gates ialah pengasas bersama Microsoft Corp dan masih menjadi pengerusi syarikat itu, walaupun beliau kini banyak memberi perhatian kepada yayasannya. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "