2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Bangkok Berdarah [18G]

Wartawan Itali antara 6 terbunuh

60 cedera tentera Thailand rempuh tapak perhimpunan penunjuk perasaan antikerajaan

BANGKOK: Seorang wartawan Itali antara enam yang terbunuh ketika tentera Thailand merempuh tapak perhimpunan penunjuk perasaan antikerajaan di tengah-tengah ibu kota ini semalam, menamatkan bantahan jalanan selama lebih dua bulan yang diadakan untuk memaksa parlimen dibubarkan.

Seorang lelaki Itali bernama Fabio Polenghi ditembak dan maut sebelum tiba di hospital. Mangsa seorang wartawan. Dia ditembak di perut,” kata Pengarah Hospital Polis, Jongjet Aoajenpong.

Selain wartawan yang berusia 45 tahun itu, lima orang lagi maut dan ramai cedera, kata seorang jurucakap polis, Mejar Jeneral Piya Uthayo, selepas kenderaan berperisai tentera merempuh halangan penunjuk perasaan Baju Merah bagi membolehkan tentera bersenjata mara ke kubu kumpulan itu di kawasan beli-belah mewah Bangkok.

Seorang jurugambar AFP melihat dua penunjuk perasaan maut dalam keadaan terbaring di tanah selepas ditembak di kepala apabila tentera mara ke dalam kubu, di mana beberapa ribu penunjuk perasaan berada di sana walaupun kerajaan memberi amaran supaya beredar.

Hospital Polis berkata, 60 orang cedera termasuk dua wartawan asing.

Saya ditembak dari belakang dan mengenai bahu. Ia kecederaan pada daging,” kata seorang wartawan dari televisyen Belanda, Michel Maas kepada AFP di hospital.
Seorang lagi wartawan warga Amerika ditembak pada kaki dan cedera parah.
Sementara itu, penunjuk perasaan mencetuskan kebakaran pada bangunan stesen televisyen Channel 3, memerangkap 100 kakitangan di dalamnya.

Tentera mengerahkan helikopter untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
Bangunan itu dibakar oleh penunjuk perasaan dan apabila kami mengerah bomba, kenderaan mereka pula diserang,” kata jurucakap Jabatan Bomba.

Pengurus Channel 3 berkata, kakitangan stesen itu terperangkap di tingkat enam yang terbakar. Bangunan stesen televisyen itu terletak di jalan yang menuju ke tempat perhimpunan penunjuk perasaan yang dirempuh tentera.

Lebih 100 kakitangan kami yang terperangkap dalam bangunan itu sudah berjaya dibawa keluar,” kata Pengarang Berita Channel 3, Samran Chatto. – A
FP

 

Adam Merah , Khamis, Mei 20, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog