Gambar merakamkan pesawat tanpa juruterbang X-37B yang dilancarkan ke orbit menggunakan roket Atlas V dari stesen tentera udara AS di Cape Canaveral, Florida, semalam.
CAPE CANAVERAL 23 April - Sebuah pesawat tanpa juruterbang menyerupai kapal angkasa kecil milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) melakukan penerbangan sulung ke orbit, menggunakan sebuah roket Atlas V, malam tadi.
Roket yang membawa Kenderaan Orbit Ujian X-37B yang boleh digunakan semula itu, berlepas pada pukul 7.52 malam (pukul 7.52 pagi tadi waktu Malaysia) dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, demikian menurut kenyataan yang mengumumkan kejayaan pelancarannya.
Pesawat angkasa itu dilancarkan sebagai platform ujian untuk eksperimen yang tidak dinyatakan dan mampu berada di orbit selama 270 hari sebelum meluncur turun menggunakan pendaratan automatik ke Pangkalan Udara Vanderberg di kawasan pinggir pantai California di barat laut Los Angeles.
Tempoh misi tidak didedahkan oleh Tentera Udara. Yang dinyatakan secara umum ialah mengenai matlamatnya seperti ujian panduan, navigasi, kawalan, perlindungan haba dan operasi automatik di orbit, kemasukan semula dan pendaratan.
Bagaimanapun, tujuan utama X-37B dan maklumat lanjut mengenainya kekal menjadi satu misteri, walaupun pakar menyatakan ia dibina untuk mempercepatkan pembangunan sistem sokongan tempur dan persenjataan.
"Pelancaran ini membantu untuk memastikan pejuang kita di dalam perang diberikan kemampuan yang diperlukan pada masa depan," kata Kolonel Andre Lovett, seorang pegawai pelancaran dan juga naib komander Sayap Angkasa ke-45 Tentera Udara.
Pelancaran merupakan penamat kepada projek yang memakan masa dan belanja tinggi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dalam bahagian penyelidikan dan pembangunan senjata Pentagon sebelum diserahkan kepada Pejabat Kemampuan Pantas Tentera Udara yang biasanya dirahsiakan.
Beratus-ratus juta dolar dibelanjakan untuk program X-37, namun jumlah sebenar masih belum didedahkan.
Jika kapal angkasa besar disamakan dengan trak besar membawa kargo, X-37B adalah seperti sebuah kereta sport dengan kemampuan besar.
Dibina oleh Phantom Works daripada Boeing Co., pesawat seberat 5,000 kilogram dengan dimensi tiga meter tinggi, sembilan meter panjang dan sayap kurang daripada 4.5 meter lebar dan mempunyai dua sirip belakang bersudut berbanding penggunaan penstabil tegak tunggal.
Berlainan dengan kapal angkasa biasa, ia direka untuk pelancaran seperti sebuah satelit dengan diletakkan di atas roket Atlas V dan mempunyai panel solar untuk membekalkan kuasa elektrik ketika mengorbit. – AP
WASHINGTON - Sebuah kapal angkasa lepas rahsia yang tidak mempunyai juruterbang milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Cape Canaveral Florida, kelmarin.
Misi dan fungsi sebenar kapal angkasa X-37B itu dirahsiakan namun pakar-pakar memberitahu, ia dilancarkan dengan tujuan untuk meningkatkan pembangunan dalam sistem sokongan peperangan dan persenjataan.
Bercakap selepas pelancaran tersebut, Penolong Setiausaha Sistem Angkasa Lepas Tentera Udara AS, Gary Payton mengakui agak sukar untuk menyembunyikan pelancaran kapal angkasa lepas itu tetapi dia enggan memberitahu kemampuan dan tujuan sebenar X-37B.
"Dalam penerbangan ini, apa yang ingin kami tekankan adalah kapal angkasa tersebut dan bukannya apa yang akan berlaku di angkasa lepas. Tentera udara mempunyai beberapa misi di angkasa lepas dan kapal angkasa ini dan pesawat baru ini mempunyai potensi dalam merealisasikan misi kami dengan lebih baik.Saya tidak tahu bagaimana ia boleh dilihat sebagai aspek persenjataan di angkasa. Ia cuma sebuah kapal angkasa terkini untuk aktiviti di angkasa lepas," katanya yang menafikan dakwaan bahawa kapal angkasa tersebut merupakan langkah pihak tentera untuk mendominasi ruang angkasa lepas.
Kapal angkasa X-37B itu mengambil masa satu dekad untuk dimajukan dan ia akan berada di angkasa lepas selama sembilan bulan. Ia akan memasuki bumi dan mendarat seperti pesawat lain di Pangkalan Tentera Udara Vandenberg, California. Namun tarikh kepulangannya tidak dapat dipastikan.
Panjang pesawat X-37B itu sembilan meter menjadikan ia lebih kecil daripada pesawat angkasa lepas biasa. Pesawat itu dipandu secara automatik dan kapal angkasa tersebut akan dikawal dari bumi bagi mengarahkan ia memasuki orbit dan mendarat.
Pesawat itu menggunakan kuasa solar dan bateri lithium-ion menyebabkan ia berbeza daripada pesawat tradisional yang menggunakan minyak.
Dibina oleh syarikat Boeing, projek pembinaan kapal angkasa itu pada mulanya diketuai oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS.
Ia kemudian diserahkan kepada Jabatan Pertahanan AS yang lebih dikenali sebagai Pentagon sebelum dikendalikan oleh sebuah unit rahsia tentera udara AS.
Berjuta-juta dolar telah digunakan dalam projek pembinaan kapal angkasa tersebut tetapi perbelanjaan sebenarnya tidak pernah didedahkan. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "