Gambar yang diambil pada 11 April 1947 Lord Louis Mountbatten (kiri) dan Lady Edwina Mountbatten (kanan) menerima kunjungan Mohandas Karamchand Gandhi (tengah) yang lebih dikenali sebagai Mahatma Gandhi di New Delhi ketika Lord Mountbatten menjadi Wizurai British di India.
NEW DELHI 23 April - Buku baru tentang Mahatma Gandhi yang menyelidik kehidupan seks ikon India yang terkenal dengan 'imej kesuciannya' itu tidak menghalangnya tidur dengan wanita bogel dan melakukan 'eksperimen' seks aneh.
Gandhi: Naked Ambition yang ditulis oleh ahli sejarah Britain, Jad Adams mendedahkan penemuan baru tentang pemimpin rohaniah dan hero kemerdekaan India yang mengamalkan hidup bersederhana dan menolak keduniaan sebagai sebahagian daripada imej popularnya.
Buku ini dikeluarkan di Britain dan boleh diperolehi di India tidak lama lagi, yang bakal memberi tamparan ke atas negara ini di mana imej Gandhi sangat dilindungi dan merupakan maruah kebangsaan.
Kehidupan seks Gandhi tidak diketahui umum. Beliau pernah menulis menyatakan rasa jijik melakukan hubungan seks bersama isterinya Kasturba, 15, apabila ayahnya meninggal dunia pada 1885.
Beliau melarang pengikut-pengikutnya walaupun pasangan yang sudah berkahwin daripada melakukan hubungan seks dan menasihati lelaki mandi air sejuk jika berasa ghairah.
Lebih 60 tahun selepas Gandhi meninggal dunia, Adams telah meneliti beratus-ratus tulisan Gandhi dan menemuramah saksi untuk mengetahui kehidupan seks lelaki yang dianggap santo dan bapa bagi negara India.
"Satu benda yang diketahui tentang Gandhi, beliau banyak menulis tentang seks. Apabila kami meneliti kehidupan seksnya, beliau mempunyai kelakuan seks yang normal dalam fasa pertama kehidupannya, sama seperti semua orang di dunia ini. Dia berkahwin dan mempunyai empat orang anak," kata Adams kepada AFP melalui panggilan telefon dari kediamannya di London.
Bagaimanapun, menurut Adams, apa yang menarik minatnya ialah apabila Gandhi membuat keputusan untuk menjadi seorang yang suci. Enam tahun kemudian, beliau bersumpah dan mengamalkannya.
Namun, di sebalik imej alim agama Hindu, beliau sering mandi bersama wanita muda, melakukan urutan bogel dan selalu tidur dengan seorang atau lebih pengikut wanitanya, menurut buku Adams.
Adams berkata, dia tidak mempunyai bukti yang menunjukkan Gandhi melanggar sumpah kesuciannya dengan mana-mana wanita, walaupun dia mentaksirnya dengan cara yang lebih terbatas.
"Dia bercakap tentang penebusan. Bagaimanapun beliau menganggap seks hampir-hampir tidak penting. Pada pendapat saya, dia menggunakan wanita ini untuk cuba merangsangnya bagi menguji ketahanannya," kata Adams. - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "