2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Ketawa mampu atasi kanser

PETALING JAYA - Pesakit barah kini digalakkan melakukan terapi ketawa untuk mengurangkan tekanan akibat kesengsaraan menghidapi penyakit itu, kata pakar perubatan Dr Alvin Chong semalam.

Beliau berkat,a beberapa kajian mendapati terapi ketawa mampu mengubati penderitaan pesakit kanser kerana ketawa dapat menghalang pertumbuhan sel kanser dalam badan penghidapnya.

Bila anda membuat seseorang gembira, ia seperti mekanisme semulajadi di dalam badan. Sistem imun akan meningkat. Sekarang ini ada banyak teori mengatakan, sebab mengapa orang tertentu mengidap jenis kanser tertentu kerana sistem imun tubuh mereka yang lemah akibat hidup tertekan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran sambutan Jubli Perak Yayasan Cancerlink oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini.

Dr Chong, yang juga doktor sukarela di Yayasan Cancerlink berkata, terapi itu dilakukan oleh pakar bidang ketawa dalam usaha memulihkan pesakit kanser.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdullah menasihatkan pesakit-pesakit kanser agar tabah dalam melawan penyakit itu dengan melibatkan diri dalam kegiatan luar.

Beliau turut berkongsi kisah isterinya, Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood menjalani kehidupannya selepas didiagnosis penyakit kanser tahap ketiga.

Sepanjang lima tahun terakhir beliau (Endon) menderita akibat kanser payu dara, beliau menjadi lebih aktif daripada biasa. Beliau memutuskan untuk berbuat sesuatu... dia tidak menunjukkan kesakitan yang dirasainya kepada umum sebaliknya berbuat biasa seperti tidak berlaku apa-apa,” katanya.

Allahyarham Endon meninggal dunia pada 20 Oktober 2005.

Pada majlis itu, Yayasan Cancerlink menerima sumbangan RM80,008 daripada Yayasan Sime Darby bagi program kesedaran kanser yang dianjurkannya.

Ditubuhkan pada 1986, Yayasan Cancerlink bertujuan memberi sokongan emosi, praktikal dan maklumat kepada pesakit-pesakit kanser serta anggota keluarga dan rakan mereka. - B
ernama

Muhammad Ttuyup , Isnin, Mac 01, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog