2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Internet tempat selesai masalah

Remaja Britain kurang minta pandangan ibu bapa

LONDON: Golongan muda di Britain menggunakan internet untuk mencari jalan keluar daripada masalah peribadi daripada meminta pandangan ibu bapa sendiri, menurut hasil tinjauan yang disiarkan, kelmarin.

Majoriti daripada 1,000 responden di bawah usia 25 tahun membuat pengakuan itu kepada peninjau ‘Get Connected’, sebuah agensi khidmat bantuan percuma.

Satu pertiga daripada mereka mendapatkan bantuan ibu apabila membincangkan sesuatu masalah manakala hanya seorang setiap 20 responden memilih untuk membincangkannya dengan bapa mereka. Malah, 50 peratus daripada mereka meminta bantuan sahabat karib untuk menyelesaikan isu peribadi.

Tinjauan itu juga mendapati, lebih separuh daripada golongan muda itu yang menjadikan internet umpama penasihat, turut mengakui berada dalam keadaan lebih tertekan dibandingkan sebelum merujuk kepada web untuk bantuan.

Hanya 18 peratus golongan muda menjadikan internet sebagai sumber rujukan, memeriksa penyelesaian diberi alam siber dengan ibu bapa, rakan atau sumber lain.

Masyarakat kita semakin bergantung kepada internet sebagai rujukan utama maklumat. Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk memberi kesedaran kepada golongan muda Britain mengenai saluran maklumat dan sumber bantuan sepatutnya bagi mereka,” kata Pengerusi Lembaga Amanah Get Connected, Andrew McKnight.

Oleh itu, beliau menyarankan pemuda pemudi Britain turut menggunakan agensi seperti Get Connected dan tidak hanya menggunakan internet bagi menyelesaikan masalah mereka.

Kecenderungan golongan muda merujuk kepada internet untuk membantu menyelesaikan masalah terbukti dengan penurunan panggilan kepada Get Connected, kata agensi berkenaan.

Buat tahun kedua, bilangan pemanggil ke talian percuma itu menurun lapan peratus kepada 13,475, menurut laporan.

Keputusan tinjauan itu mengesahkan internet sebagai tarikan utama golongan muda masa kini meskipun ia tidak bermakna ibu bapa gagal memainkan peranan sebagai perunding, kata pemerhati. – A
gensi

Muhammad Ttuyup , Sabtu, Mac 20, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog