/

DNA buktikan petani Austria sepupu Adolf Hitler

VIENNA – Satu ujian asid deoxyribonucleic (DNA) terhadap seorang lelaki di Austria membuktikan bahawa dia merupakan antara saudara-mara terakhir pemimpin Jerman, Adolf Hitler yang terkenal kerana mengarahkan pembunuhan ramai kaum Yahudi pada zaman Perang Dunia Kedua, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu berusia 46 tahun dan bekerja sebagai petani dipercayai sepupu Hitler yang juga pemimpin Nazi. Apabila keputusan DNA itu didedahkan, lelaki tersebut terkejut apabila mengetahui bahawa dia dan Hitler berasal daripada keturunan sama.

Pemerintah Jerman itu dianggap penjenayah paling kejam sepanjang zaman kerana memulakan Perang Dunia Kedua dan menyebabkan kematian berjuta-juta orang termasuk Yahudi.

Hitler dipercayai mati dengan menembak dirinya selepas Jerman kalah dalam Perang Dunia Kedua pada 30 April 1945. Mayat Hitler dan isterinya kemudian dibakar.

Sebuah majalah Austria, News menyiarkan temu bual dengan lelaki berkenaan yang menggunakan nama samaran, Norbert H semalam.

Saya menganggap Hitler sebagai penjenayah paling kejam, itu sudah pasti. Saya menjalani ujian itu tanpa berfikir panjang dan menyesal berbuat demikian,” katanya.

Namun, Norbert H yang dijejaki oleh seorang wartawan Belgium, Jean-Paul Mulders boleh menarik nafas lega kerana bukan dia seorang sahaja saudara-mara Hitler yang masih hidup.

Mulders memujuknya supaya menjalani ujian DNA itu. Menurut Mulders, terdapat kira-kira 39 saudara-mara Hitler tinggal di tempat asalnya di Waldviertel iaitu sebuah kawasan pedalaman Austria. Kawasan berkenaan merupakan tempat tinggal bapanya, Alois, ibunya, Klara dan nenek Hitler, Anna Schicklgruber.

Setelah Perang Dunia Kedua berakhir, nama Hitler lenyap di dunia kerana mereka yang memiliki nama tersebut menukarnya kepada nama lain. Bagaimanapun, banyak keluarga di Waldviertel masih mengekalkan nama yang hampir sama seperti Hiedler dan Huettler.

Berpandukan nama-nama tersebut di dalam buku panduan telefon, Mulder berjaya menjejaki lelaki yang bersaudara dengan Hitler itu.

Sebelum ini, wartawan berkenaan mengumpul contoh DNA Hitler dengan mengambil sampel najis cucu saudara lelaki pemimpin itu, Alexander Stuart-Houston, 61, yang menetap di Long Island, New York. – Agensi

try , Isnin, Mac 01, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog