/

Pesawat terbesar Boeing 747-8 berjaya lakukan penerbangan sulung

PESAWAT Boeing 747 meluncur ke langit dalam penerbangan pertamanya pada Isnin lalu selepas dibina di kilang Boeing di Paine Field, Everett, Washington.

EVERETT, Washington 9 Feb. – Pesawat kargo gergasi Boeing Corporation model 747-8 yang juga merupakan pesawat terbesar pernah dibina oleh syarikat tersebut membuat penerbangan sulungnya semalam, setahun lewat berbanding perancangan asal.

Pesawat berkenaan berlepas dari lapangan terbang Paine Field di sini selepas penerbangannya dilewatkan ekoran faktor cuaca dan mendarat semula di lapangan terbang sama kira-kira empat jam kemudian.

Beratus-ratus kakitangan syarikat tersebut serta peminat kapal terbang berkumpul untuk menyaksikan ia berlepas. Penerbangan tersebut dilakukan sehari sebelum ulang tahun ke-41 penerbangan pertama membabitkan model asal 747.

Dengan ukuran 76 meter panjang, pesawat berkenaan adalah kira-kira 5.5 meter lebih panjang daripada jet jumbo 747-400 sedia ada.

Menurut Boeing, ia telah menguji pelbagai kelengkapan dalam pesawat berkenaan pada Sabtu lalu dan mendapati semuanya berfungsi dengan baik.

Boeing juga sedang membangunkan pesawat sama membabitkan versi penumpang. Ia menyenaraikan 76 tempahan bagi versi kargo dan 32 lagi bagi versi penumpang dengan sebahagian besar tempahan adalah daripada pelanggan antarabangsa.

Menurut Boeing, pesawat berkenaan adalah lebih senyap, lebih cekap penggunaan minyak dan mempunyai kadar pelepasan asap yang lebih rendah berbanding model 747-400 sedia ada.

Boeing melancarkan program pembinaan pesawat kargo berkenaan pada 14 November 2006 dengan tempahan sahih sebanyak 10 pesawat daripada Cargolux berpangkalan di Luxembourg dan lapan lagi daripada Nippon Cargo Airlines berpangkalan di Jepun.

Jet berkenaan dijual pada harga AS$301 juta (RM1.02 bilion) walaupun pada kebiasaannya kebanyakan syarikat penerbangan mendapatkan diskaun.

Selepas program ujian tersebut, pesawat kargo pertama bagi model tersebut akan diperkemaskan semula sebelum diserahkan kepada Cargolux.

Versi kargo pesawat berkenaan dijadual mula digunakan akhir tahun ini. Mengikut perancangan asal penyerahan pesawat pertama versi kargo model tersebut sepatutnya dilakukan pada akhir tahun lalu dan bagi versi penumpang sepatutnya pada akhir tahun ini.

Namun, Boeing yang berpangkalan di Amerika Syarikat melewatkan penyerahan ekoran perubahan reka bentuk dan sumber kejuruteraan yang terhad di samping mogok pekerja selama lapan minggu yang memaksa penutupan kilang.

Pesaing Boeing dari Eropah, Airbus juga telah merancang versi kargo membabitkan pesawat A380, pesawat penumpang terbesar dunia.

Bagaimanapun program berkenaan ditangguhkan pada 2007 selepas FedEx Corp. dan UPS Inc. membatalkan tempatan mereka yang menjadikan Airbus tidak mempunyai sebarang tempahan bagi pesawat kargo model berkenaan. – AP

'Api' Harjan Milosevic , Rabu, Februari 10, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog