2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 26 April 2025   
@ 28 Syawal 1446H / 3:37 AM

10Rabu,Februari

Ketagihan seks jadi punca: Pakar

SHAH ALAM, 9 Feb.  – Ketagihan seks yang melampau mengakibatkan seseorang individu sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang diingini dan sekiranya wujud halangan, mereka akan mencari jalan keluar dalam apa cara sekalipun, kata Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Mariani Md Nor.

Katanya, individu terbabit akan mencari sesiapa sahaja untuk dijadikan mangsa nafsu seksnya, walaupun mangsa adalah anak sendiri atau kalangan saudara mara.

Dr Mariani berkata, individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu tidak mengambil kira usia mangsa, yang penting keinginan seksnya tercapai.

Ramai yang membuat andaian perogol atau peliwat tidak mempunyai nafsu pada mangsa yang berusia setahun ke atas. Andaian itu salah!

“Sebenarnya, golongan ini tetap bernafsu pada semua mangsa tanpa mengira usia kerana bagi mereka asalkan ada ‘tempat’ untuk mereka melampiaskan hawa nafsu, maka mangsa itu akan menjadi mangsanya
,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Menurutnya, perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada masa kini, turut mendorong perogol atau peliwat melakukan perbuatan terkutuk itu.

Penghasilan teknologi canggih seperti Internet, kamera digital, telefon bimbit berkamera dan yang terbaru berteknologi 3G serta sebagainya memudahkan penyebaran bahan-bahan berunsur pornografi tersebar dengan lebih mudah dan pantas,” katanya.

Dr Mariani berkata, bagi pasangan yang baru atau sudah lama berkahwin, tindakan isteri yang enggan memenuhi kehendak batin suami mengakibatkan berlakunya kejadian liwat dan rogol terhadap anak.

Walaupun si bapa tahu apa yang dilakukan terhadap darah dagingnya itu salah tetapi dia tetap mahu melakukannya disebabkan sukar mengawal keinginan seks yang kian memuncak,” katanya.

Katanya, individu yang terbabit dalam perbuatan tidak bermoral itu wajar dirujuk kepada pakar psikiatri dan pakar kaunseling dengan kadar segera.

Langkah itu penting dalam menentukan tahap kesihatan mental mereka di samping menyelami perasaan mereka sehingga tergamak melakukan perbuatan itu.

Terdahulu, sebagai contoh kes, negara telah digemparkan dengan kes membabitkan bayi malang berusia lima bulan yang telah meninggal dunia dipercayai akibat didera dan diliwat. Berdasarkan bedah siasat terhadap bayi lelaki itu, terdapat kesan kecederaan di badan, termasuk di bahagian dubur yang dipercayai akibat perbuatan liwat.

Berikutan itu, pihak polis telah menahan pasangan suami isteri berusia 33 dan 19 tahun yang merupakan ibu bapa kepada bayi malang tersebut. – S
inar Harian

Cik NiNe Che Kadir , Rabu, Februari 10, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog