TELEVISYEN (TV) adalah media elektronik yang paling berpengaruh dalam kehidupan kita. TV ketika ini amat mudah diperoleh di mana-mana saja. Bahkan setiap rumah memiliki sekurang-kurangnya satu set TV. Kewujudan TV satelit pula menjadikannya sesuatu yang sukar dilepaskan oleh peminatnya.
Dalam negara kita, TV menghidangkan pelbagai pilihan siaran untuk penggemarnya. Kita juga mempunyai siaran televisyen yang dipancarkan daripada satelit. Ini meluaskan lagi fungsi TV itu sendiri. Ia amat berbeza ketika mula-mula TV itu diperkenalkan di negara kita.
Ketika itu TV adalah satu-satunya media elektronik yang paling canggih dan paling dihargai dalam menyampaikan maklumat. Islam amat menyokong unsur kebaikan yang dibawa oleh TV. Apa saja yang membawa kebaikan dan manfaat kepada manusia adalah sesuatu yang sememangnya digalakkan oleh Islam itu sendiri.
Selagi ia tidak bertentangan dengan kaedah dasar Islam, ia tetap dibolehkan menggunakannya. Dalam keadaan tertentu pula, alat komunikasi seperti TV ini boleh dianggap wajib penggunaannya kerana ada `masalah' dengan penggunaannya seperti dalam suasana peperangan dan darurat. Umat Islam akan berada dalam keadaan bahaya dan membimbangkan jika mereka tidak memanfaatkan sumber maklumat ini.
Namun begitu, suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan di zaman ini ialah TV lebih daripada satu sumber hiburan yang amat ketara. Barangkali tidak keterlaluan jika TV diistilahkan sebagai `wayang dalam rumah'. Seseorang itu tidak perlu menghabiskan waktu ke sana ke mari semata-mata untuk mendapat sumber hiburan. Memadai dengan hanya memiliki set TV di rumah.
Setiap program TV yang berbentuk maklumat, tidak lagi menjadi tumpuan. Sebaliknya rancangan berbentuk hiburan, jenaka, drama, aksi, cinta muzik, kartun, dan seumpamanya itulah yang menjadi kegemaran pelbagai peringkat. Akibatnya TV disalahgunakan. Tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda mahupun kanak-kanak, sanggup duduk berjam-jam di depan TV.
Masa diibaratkan lebih mahal daripada emas itu, dihabiskan begitu saja di depan TV. Apatah lagi dengan ada siaran TV 24 jam. Masa yang Allah susun untuk manusia beribadah, bekerja, mencari ilmu, makan dan berehat, kesemuanya dikorbankan untuk TV.
Alat TV itu sendiri tidak salah untuk digunakan. Persoalannya ialah apa yang dipaparkan oleh TV itu sendiri. Rancangan TV yang pelbagai kategori itulah yang harus dipersoalkan. Jika sesuatu rancangan itu lebih membawa keburukan sama ada bagi jangan pendek atau jangka panjang, maka mengambil manfaat daripadanya adalah ditegah, terutama yang mempunyai pengaruh barat.
Keruntuhan moral di kalangan masyarakat Melayu kini semakin dahsyat dan cukup kronik hari demi hari. Tidak syak lagi TV adalah salah satu punca penyumbang kepada gejala itu. Bangsa Melayu yang terkenal dengan adab sopan, berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada agama sudah berubah akibat pengaruh TV. Ia mencorak kehidupan dan pemikiran mereka.
Pada masa sama, pakar kemasyarakatan atau psikologi bertungkus-lumus berusaha untuk memulihkan akhlak remaja.
Oleh Masmawi Abdullah
bhnews@bharian.com,my

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "