MENURUT kajian terbaru, kanak-kanak yang biasa membuli rakan-rakan di sekolah juga membuli adik-beradik di rumah.
KANAK-KANAK yang membuli di sekolah turut cenderung membuli adik-beradik di rumah demikianlah mengikut satu kajian terbaru.
Walaupun bunyi keputusan kajian itu tidak begitu mengejutkan, namun ia tetap mencetuskan satu perspektif.
Kajian itu melibatkan 195 kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun. Setiap mereka mempunyai seorang adik. Kanak-kanak itu telah diberikan soalan-soalan kaji selidik menanyakan sama ada mereka mangsa buli, membuli rakan-rakan di sekolah, mangsa buli di rumah atau membuli adik-beradik di rumah.
“Kanak-kanak yang mempunyai abang merupakan kumpulan yang paling banyak menjadi mangsa buli,” kata Ersilia Menesini dari Universita degli Studi di Firenze, Itali.
Secara siginifikan, lebih banyak kanak-kanak lelaki berbanding perempuan yang mengatakan mereka membuli adik-beradik terutamanya yang lebih muda. Ia seakan-akan menunjukkan bahawa bentuk buli adik-beradik adalah berpunca daripada faktor untuk mengekalkan dominasi.
“Bagaimanapun, bagi kanak-kanak perempuan, buli adalah berpunca daripada kualiti hubungan yang sangat teruk dan bukan berasaskan turutan kelahiran,” kata Menesini. “Realitinya, tahap konflik yang tinggi dan empati yang rendah adalah amat berkaitan dengan pembulian,” katanya.
Kanak-kanak yang membuli adik- beradik di rumah juga cenderung membuli rakan-rakan di sekolah. Sementara itu, mangsa buli di rumah juga didapati menjadi mangsa buli di sekolah.
“Susah untuk mengatakan daripada kajian kami ini tentang tabiat mana yang mula dahulu, buli di rumah atau buli di sekolah. Tetapi, ia seakan-akan menunjukkan jika kanak-kanak itu berkelakuan membuli di rumah, dan kelakuannya itu tidak disedari, mereka mungkin membawa tabiat itu ke sekolah,” kata Menesini.
Keputusan kajian itu diperincikan dalam British Journal of Developmental Psychology.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "