2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Crabzilla di Birmingham

KETAM LABAH-LABAH... pakar hidupan marin menunjukkan Crabzilla yang ditangkap.

LONDON: Memiliki kaki panjang dan penyepit berbahaya, seekor 'raksasa' laut dalam kini menjadi ketam paling besar pernah disaksikan di Britain.

Dengan kaki sepanjang tiga meter, Ketam Labah-labah Jepun itu masih boleh membesar dan boleh hidup sehingga 100 tahun.

Digelar sebagai Crabzilla, badan ketam itu kira-kira sebesar bola keranjang dan tingginya boleh melebihi tinggi kereta jika berdiri pada tahap maksimum.

Jika cukup matang, kakinya boleh menjadi sepanjang 4.6 meter. Ketam itu ditangkap nelayan di Lautan Pasifik dan dibawa ke Britain untuk dipamerkan di Pusat Hidupan Laut Kebangsaan di Birmingham.

Jika dikeluarkan dari air, ketam itu kelihatan lemah kerana kakinya tidak mampu menampung berat badan. Namun, di habitat asal - lebih 760 meter di dalam laut - ia adalah haiwan pemangsa yang digeruni.

Keadaan itu tidak menghalangnya terancam kerana ia juga banyak diburu manusia kerana menjadi hidangan kegemaran masyarakat di Jepun. Biasanya, di negara itu, ketam berkenaan ditangkap untuk dimasinkan dan dikukus. Bagaimanapun, penangkapannya diharamkan ketika musim mengawan sehingga ia bertelur.

Kurator Pusat Hidupan Laut Kebangsaan, Graham Burrows, berkata ada sesetengah pihak mendakwa ketam jenis itu boleh membesar dengan kaki mencapai panjang empat meter.

Katanya, untuk sementara, ketam berkenaan akan disimpan dalam tangki berisi air dingin sehingga hujung Mac ini. Selepas itu, katanya, ketam berkenaan dijadualkan dipindahkan ke Pusat Hidupan Laut Blankenberge di Belgium.

"Walaupun sangat besar, ia tidak agresif atau mengancam hidupan lain di sini. Justeru, tiada apa yang perlu dibimbangkan orang ramai," katanya. – Agensi / myMetro

Marjaki Rawo , Jumaat, Februari 12, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog