2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Air simpanan bawah tanah sumber baru

Krisis ditangani jika manfaat alam semula jadi

SEPERTI yang diketahui umum dua pertiga kandungan planet Bumi ialah air, manakala selebihnya adalah daratan.

Bagaimanapun jumlah air itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan penggunaan air penduduk dunia kerana kebanyakannya bukanlah sumber air tawar.

Sementara itu, dalam Laporan Bank Dunia menyebut 80 negara di dunia kini berdepan dengan masalah kekurangan air yang boleh menjejaskan kesihatan dan ekonomi kepada 40 juta daripada dua bilion penduduk dunia berikutan kesukaran mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan harian.

Berpuluh-puluh negara lain pula mendapatkan air dari sungai di negara jiran. Negara itu termasuk Botswana, Bulgaria, Kemboja, Kongo, Gambia, Sudan dan Syria, yang mana semua negara ini terpaksa mendapatkan air daripada sungai yang berpunca daripada negara jiran kerana kedudukan mereka di bahagian muara.

Di Asia Barat pula, sumber air sangat terhad. Malah ada negara seperti Arab Saudi terpaksa menyuling air laut untuk mendapatkan bekalan air mentah bagi minuman dan kegunaan harian.

Beberapa tahun lalu, Iraq, Syria dan Turki membuat perjanjian bersama untuk berkongsi sungai untuk mendapatkan bekalan air.

Air adalah sumber tenaga sejak akhir 1970-an lagi dan ia sumber alam semakin kritikal di banyak negara di dunia pada abad akan datang.

Di Semenanjung Malaysia, walaupun memiliki purata taburan hujan sebanyak 2,470 milimeter (mm) setahun, ia masih belum cukup menampung keperluan air penduduk negara ini jika berlaku kemarau yang panjang.

Contohnya, pada 1997/1998, negara berdepan dengan krisis air yang panjang sehingga enam bulan yang menyebabkan beberapa negeri mengalami gangguan air serius serta banyak empangan dan pusat takungan air menyusut dengan banyak dan sebahagiannya menjadi kering.

Ekoran krisis itu, sudah sampai masanya negara memikirkan perlunya satu sistem sokongan air yang boleh digunakan untuk menampung bekalan air sekiranya krisis seumpama itu berlaku lagi.

Ketika ini, kewujudan banyak sungai saka dan taburan hujan tahunan di Malaysia menyebabkan penggunaan air hanya bertumpu kepada air permukaan.

Di sebalik sumber air permukaan yang melimpah-ruah berbanding dengan jumlah permintaannya, kekurangan sumber air, gangguan dan catuan perbekalan sering juga berlaku di negara ini.

Isu utama yang dihadapi dalam sektor air negara masa kini adalah kesediaan sumber air, pembekalan dan pencemaran. Sektor air memberi impak negatif sekunder kepada kesejahteraan negara seperti banjir, kegagalan cerun dan tanah runtuh.

Tahukah anda Malaysia mempunyai air simpanan bawah permukaan tanah (subterranean water) yang lebih mencukupi untuk digunakan oleh rakyat Malaysia. Selain bersih, bebas daripada kuman kandungan mineralnya tinggi berbanding air takungan, ia juga selamat diminum serta menyihatkan.

Air tanah bukan perkara baru kepada masyarakat kita. Sebelum ada teknologi mengalirkan air terus ke paip di rumah, kita menggunakan air daripada telaga yang dikorek sendiri ataupun air dari sungai berhampiran. Pembinaan telaga ketika itu adalah teknologi termudah dan termampu dilakukan masyarakat ketika itu.

Al-Quran sendiri ada menyebut mengenai kepentingan air yang keluar daripada batu-batan di bawah permukaan tanah.

Dalam surah al-Baqarah ayat 60, Allah SWT berfirman yang bermaksud, “... dan ingatlah ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: Pukullah batu ini dengan tongkatmu (lalu ia memukulnya) maka, terpancarlah daripada batu itu 12 mata air....

Di beberapa negara maju di dunia seperti di Denmark, Switzerland, Korea dan Amerika sudah lama menggunakan air tanah sebagai sumber air negara dan keperluan persendirian. – B
h

Oleh Habsah Dinin dan Mona Ahmad

Marjaki Rawo , Jumaat, Februari 12, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog