DENGKIL: Seorang pemilik syarikat kicap, sos cili dan sos tiram dikesan sengaja mengurangkan kuantiti berat pada semua botol produk keluarannya semata-mata untuk memperoleh keuntungan berlipat kali ganda.
Bagaimanapun, ahli perniagaan berkenaan hanya mampu menepuk dahi apabila penipuan sejak beberapa tahun lalu itu terbongkar sebelum hampir 50,000 botol pelbagai produk syarikat itu dirampas, petang semalam.
Penolong Pengarah Kanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Zakaria Tamby Chik berkata, penipuan licik pemilik kilang memproses makanan itu dibongkar selepas sepasukan pegawai KPDNKK Shah Alam melakukan pemeriksaan mengejut di syarikat berkenaan yang terletak di Taman Meranti Jaya di sini.
Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, seramai 10 pegawai KPDNKK mengesyaki sesuatu tidak kena apabila alat timbangan yang dibawa mereka menunjukkan jumlah berat berbeza berbanding berat sebenar kandungan tertera pada pelekat botol.
“Malah tindak tanduk beberapa pekerja wanita yang tergesa-gesa menanggalkan pelekat pada botol plastik sebaik menyedari kehadiran pegawai KPDNKK turut menimbulkan curiga. Berikutan itu, semua pekerja berkenaan diarahkan berhenti mencabut label pelekat produk sebelum pemeriksaan lebih terperinci dilakukan,” katanya.
Menurutnya, agak mengejutkan apabila hampir kebanyakan produk terutama sos cili, sos tomato dan kicap cair tidak mempunyai berat mencukupi berbeza pada label yang dilekatkan pada botol.
“Siasatan mendapati pengilang sengaja mengurangkan berat bersih antara 200 hingga 500 gram setiap botol produk dipercayai untuk mendapatkan keuntungan hasil daripada jualan. Sebagai contoh, sebotol kicap cair yang dijual pada harga RM6.50 dengan berat tiga kilogram hanya mengandungi berat bersih 2.5 kilogram selepas ditimbang menggunakan alat timbangan tepat,” katanya.
Menurutnya, penipuan itu pastinya sukar dikesan pembeli berikutan pelekat produk secara jelas menyatakan berat bersih produk adalah tiga kilogram.
“Bagaimanapun selepas ditolak dengan berat botol plastik seberat 100 gram dan kuantiti cecair kicap atau sos seberat 200 hingga 500 gram yang hilang maka pembeli sebenarnya kehilangan hampir 600 gram bagi setiap botol dibeli,” katanya.
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "