2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 1:04 AM

18Isnin,Januari

Sumatera dalam bahaya lagi

PARIS: Ombak besar akibat gempa bumi yang berupaya meragut seramai mangsa seperti tsunami Lautan Hindi pada 2004 mungkin melanda pantai Sumatera.
Sekumpulan pakar kaji gempa berkata semalam, Padang akan terjejas paling teruk.

Menurut mereka, bencana itu adalah hasil daripada tekanan yang terkumpul sepanjang dua abad lalu di sebahagian Palung Sunda, antara zon gempa bumi paling terkenal, yang selari dengan pantai barat Sumatera.

Bahagian itu yang dinamakan mengikut nama kepulauan Mentawai, ‘sudah hampir musnah’, menurut kumpulan berkenaan.


Ancaman tsunami akibat gempa bumi dengan magnitud melebihi 8.5 di bahagian Mentawai tidak berkurangan. Ada potensi kehilangan nyawa yang bakal berlaku sama banyak dengan tsunami Lautan Hindi 2004.” Surat itu bagaimanapun tidak menyebut rangka waktu bencana itu tetapi memberi amaran, Padang, bandar raya yang mempunyai penduduk seramai 850,000, terdedah dengan ancaman itu.

Ancaman daripada bencana itu adalah jelas dan ia memerlukan tindakan segera bagi mengurangkan kesannya,” katanya.


Lebih 220,000 orang mati akibat tsunami pada 26 Disember 2004 ekoran gempa bumi berukuran 9.3 magnitud. Pengarang surat itu diketuai oleh John McCloskey, profesor Institut Kajian Alam Sekitar di Universiti Ulster, Ireland Utara.


Pada Mac 2005, beliau memberi amaran bahawa gempa 26 Disember 2004 menyebabkan ketegangan teruk pada bahagian dasar laut di kawasan itu. McCloskey memberi amaran wilayah itu akan mengalami gempa bumi 8.5 magnitud yang boleh menyebabkan tsunami.


Beliau terbukti benar apabila dalam masa dua minggu selepas itu, gempa bumi berukuran 8.6 magnitud menggegarkan Pulau Simeulue, menyebabkan tsunami setinggi tiga meter.


Dalam suratnya, pasukan itu berkata, adalah penting bagi Indonesia dengan bantuan masyarakat antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan bekerjasama memastikan penduduk Padang sudah bersedia menghadapi bencana yang bakal datang. - A
FP

Muhammad Ttuyup , Isnin, Januari 18, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog