Lukisan City-Fortrees Kremlin berlatar belakangkan pemandangan bandar Tobolsk hasil karya Presiden Rusia, Dmitry Medvedev ini berjaya dilelong sehingga AS$1.7 juta (RM6.12 juta) di St. Petersburg, kelmarin
ST. PETERSBURG, Rusia 17 Jan. - Presiden Rusia, Dmitry Medvedev telah mengatasi pemegang jawatan terdahulunya apabila lukisannya berjaya dijual pada harga AS$1.7 juta dalam satu acara lelong.
Sebuah gambar Kremlin atau sebuah kubu yang diambil oleh Medvedev di sebuah bandar di Siberia dijual pada harga AS$1.7 juta (RM6.12 juta) dalam satu acara lelong amal pada malam Sabtu lalu, mengatasi sebanyak AS$1.1 juta (RM3.96 juta) yang dibayar untuk sebuah lukisan yang dihasilkan oleh Perdana Menteri Vladimir Putin pada tahun lepas.
Gambar hitam putih oleh Medvedev itu telah diambil oleh Mikhail Zingarevich seorang ahli jawatankuasa kumpulan ILim, sebuah syarikat akhbar dan majalah tempat Medvedev pernah bekerja sebagai seorang peguam.
Menurut Zingarevich, beliau merancang untuk menggantung gambar berukuran 69 sentimere hingga 96 sentimeter itu dalam pejabatnya.
Hasil jualan lelong itu akan digunakan untuk membeli perabot bagi bekas tentera Perang Dunia Kedua yang telah lama dijanjikan dengan sebuah apartmen, peralatan untuk hospital kanak-kanak dan sebuah dapur baru untuk pusat pemulihan alkohol.
Jualan lelong itu, yang turut merangkumi hasil seni oleh ahli politik Rusia, para atlet dan tokoh-tokoh kebudayaan telah berjaya mengumpulkan sejumlah AS$2.75 juta (RM9.9 juta).
Putin, yang masih dilihat sebagai pemimpin yang paling berkuasa dua tahun selepas menyerahkan jawatan Presiden kepada Medvedev, telah menyumbangkan sebuah lukisan berupa tingkap berkabut di dalam sebuah pondok kayu tradisional pada tahun lepas.
Medvedev, yang gemar mengambil gambar turut memilih pemandangan yang diambil mengenai tradisi Rusia. Gambar yang diambil olehnya daripada udara itu, menunjukkan dinding batu putih dan menara Kremlin di Tobolsk.
Bandar itu dikenali sebagai salah sebuah rumah terakhir pemimpin Rusia terdahulu dan keluarganya semasa zaman Revolusi Rusia pada 1917. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "