HARBIN 6 Jan. - Istana pari-pari, menara Pagoda dan Spinx Mesir yang diukir dengan ais adalah antara yang menarik dipamerkan pada Festival Arca Ais dan Salji Antarabangsa di utara China.
Acara tahunan yang telah masuk kali ke-26 penganjurannya tahun ini, berjaya menarik kehadiran pengunjung dari seluruh China dan luar negara dengan pertunjukan arca ais yang dihiasi dengan warna-warni lampu elektrik.
Upacara perasmian Selasa lalu, bertambah menarik dengan persembahan bunga api yang menerangi ruang angkasa tapak pameran sepanjang Sungai Songhua yang mengalir ke utara Harbin, sebuah kota yang dikenali sebagai 'bandar ais' di China di wilayah Heilongjiang.
Tahun lalu, festival berkenaan diperhebatkan dengan tema Sukan Olimpik Beijing 2008 yang turut mempromosikan beberapa tempat menarik seperti Kota Larangan Beijing dan Tembok Besar China.
Setelah puas melihat arca yang dipamerkan, pengunjung boleh mencuba untuk meluncur ais.
Kehadiran pengunjung yang terlalu ramai di malam waktu puncak dengan suhu yang terlalu sejuk adalah antara yang merbahaya pada program berkenaan.
Selain itu, Harbin turut mempamerkan beberapa seni arkitek yang mengaitkan hubungan dengan sejarah Rusia, puding dan beberapa makanan masyarakat utara China.
Pengunjung turut berpeluang untuk meluncur ski di Yuquan, 65 kilometer dari bandar dan resort yang terkenal di China, Yabuli serta terletak kira-kira 200 kilometer dari timur negara itu. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "