Rabu : 9 April 2025   
@ 11 Syawal 1446H / 10:11 PM

17Khamis,Disember

Pesawat Boeing 787 akhirnya berjaya diterbangkan

PESAWAT Boeing 787 berlepas untuk penerbangan sulungnya di lapangan terbang Paine Field, kelmarin. Ia adalah ujian pertama dilakukan oleh Boeing Co. selepas tertangguh selama dua setengah tahun. - REUTERS

EVERETT, Washington 16 Dis. - Pesawat baru Boeing 787 terbang di udara buat kali pertama semalam selepas beberapa kali kapal terbang komersial pertama dengan separuh bahan binaannya daripada bahan komposit ini ditangguhkan sekian lama.

Pesawat itu berlepas dari Paine Field, Everett dalam satu penerbangan di ruang udara Washington dan memulakan program ujian meluas yang diperlukan untuk mendapat kelulusan dari Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.

"Ia adalah sangat bersejarah. Saya tidak dapat memikirkan satu perkara yang tidak membuatkan saya kagum," kata seorang pengajar penerbangan untuk Delta Connection di Jacksonville, Florida, Joe Bierce yang merupakan seorang daripada 25,000 orang yang berkumpul untuk melihat Boeing 787 itu berlepas.

Dua orang krew melakukan pelbagai pemeriksaan sistem asas sebelum mendarat di Boeing Field, Seattle kira-kira tiga jam kemudian. Cuaca buruk menyebabkan ia terpaksa mendarat sejam lebih awal daripada yang dirancangkan namun jurucakap syarikat pengeluar kapal terbang itu menyatakan juruterbang dapat melakukan ujian pendaratan dan senyap.

Sebelum berlepas, pesawat itu mengambil masa beberapa minit untuk memanaskan enjin sekali gus membuatkan pekerja Boeing, pelanggan dan eksekutif penerbangan yang berada di sana berdebar-debar.

Walaupun landasan itu dipenuhi dengan barisan jentera bomba dan kenderaan perkhidmatan kecemasan lain, penerbangan pertama ini berjaya dilakukan.

Ia adalah Boeing 787 pertama daripada enam pesawat sama yang akan digunakan syarikat tersebut dalam program ujian penerbangan selama sembilan bulan yang berbeza daripada perkhidmatan penerbangan biasa.

Boeing yang beribu pejabat di Chicago telah menerima 840 tempahan pesawat berkenaan, merancang untuk melakukan penghantaran pertama kepada All Nippon Airways penghujung tahun depan.

787 menyaksikan perubahan radikal dalam reka bentuk kapal terbang. Ketika kebanyakan pesawat penumpang dibuat daripada aluminium dan titanium, kira-kira separuh daripada 787 dibuat daripada bahan komposit ringan seperti gentian karbon.

Bahan itu telah lama digunakan untuk bahagian lain seperti kemudi dan pada pesawat tentera namun 787 adalah yang paling banyak menggunakan teknologi itu untuk pesawat penumpang.

Boeing menyatakan pesawat barunya beroperasi dengan lebih senyap, kurang mengeluarkan bahan cemar dan menggunakan 20 peratus lebih jimat bahan bakar berbanding pesawat lain. Penumpang juga berada di dalam kabin lebih selesa dengan kualiti udara lebih baik serta tingkap lebih besar. - AP

'Api' Harjan Milosevic , Khamis, Disember 17, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog