SEBUAH kereta api laju Jepun yang dipanggil Shinkansen mampu mencapai kelajuan sehingga 322km sejam. - AGENSI
NAGOYA, Jepun 16 Dis. - Di sebuah landasan menjelang tengah malam, apabila landasan kereta api penumpang dihentikan, sebuah kereta api laju Jepun meluncur dan memecut laju sehingga 322 kilometer (km) sejam.
Kereta api seberat 700 tan itu, yang dianggarkan berukuran 400 meter panjang, melalui sebuah jelapang padi dalam kiraan di bawah lima saat.
Tiada seorang daripada penduduk tempatan yang menyaksikan kereta api itu meluncur laju tiba ke destinasi di Stesen Kyoto, namun itu bukan perkara utama.
Ini merupakan jualan pecutan yang disasarkan tepat terhadap Amerika Syarikat (AS) di mana Jepun sedang bersaing dengan pembuat kereta api Eropah bagi rangkaian kereta api berkelajuan tinggi yang mampu memberikan kontrak bernilai ratusan bilion dolar.
Diplomat, tokoh-tokoh perniagaan dan para wartawan berasak-asakan untuk menyaksikan catatan rekod meter kelajuan khas yang mengkagumkan pada bulan lepas, yang mana ia merupakan kali pertama pihak pengendali syarikat Japan Central Railway Co. membenarkan orang luar untuk menyertai percubaan itu.
Pesaing-pesaing di luar negara berkata, kereta api Jepun tidak mencapai tahap spekulasi dan JR Central mahu membuktikan rekod itu mampu dilakukan.
"Di Perancis dan Jerman, mereka mengatakan kami hanya boleh melakukan sehingga 280km sejam, jadi kami perlu membuat demonstrasi," kata pengerusi syarikat itu, Yoshiyuki Kasai.
Kereta api laju Jepun yang dikenali penduduk tempatan sebagai Shinkansen dikatakan lebih berkeupayaan berbanding model-model luar negara dan ia telah lama menjadi kebanggaan Jepun.
Namun, persaingan sengit jualan dapat dilihat kini. Sementara majoriti perkhidmatan kereta api dibina di Eropah, di mana pembuat-pembuat dikuasai oleh Alstom di Perancis dan Siemens di Jerman, kerajaan di seluruh dunia kini sedang berusaha untuk menaik taraf laluan yang sedia ada.
Kebanyakan negara kini sedang berusaha untuk memperkenalkan kereta api laju masing-masing, termasuk Rusia, United Kingdom (UK), Vietnam dan Brazil, namun yang paling utama ialah AS.
Ini berikutan, pakej rangsangan yang diperuntukan oleh Presiden Barack Obama yang merangkumi AS$8 bilion (RM28.8 bilion) untuk kereta api berkelajuan tinggi, malah ada yang mengatakan kemungkinan sejumlah AS$600 bilion (RM21.6 bilion) lagi akan diperuntukan untuk rangkaian di seluruh negara itu. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "