Sabtu : 5 April 2025   
@ 7 Syawal 1446H / 11:55 PM

11Rabu,November

Kereta yang tidak selamat mesti dihapuskan di Malaysia

Dasar otomotif negara, kejap umum periksa yang dah berusia 15 tahun, kejap tarik balik. Macam biskut pula, macam main yo yo pula apabila hendak melaksanakan apa-apa peraturan di Malaysia.

Masalah utama kemalangan jalanraya di Malaysia ini ialah sikap. Selagi tidak diubah sikap, buatlah apa-apa undang-undang sekali pun, tak akan selesai masalah di jalanraya sampai bila-bila, tahun 2020 pun tak selesai.

Baik sikap pengguna jalanraya, mahu pun sikap pihak penguatkuasa. Sama saja, dua kali lima kedua-duanya.

Apakah kenderaan berusia lebih 15 tahun majoritinya tidak selamat ? Ada kenderaan yang baru berusia 1 bulan pun tidak selamat. Apa ke tidaknya , pemilik kereta sekarang kaya-kaya tak tahu mana nak dermakan duit, sanggup ubahsuai kenderaan, tukar rim sport, potong spring, tambah spoiler, pasang cermin gelap dan macam-macam lagi. Adakah kenderaan yang baru berusia 1 bulan ini selamat?

Sedangkan ada kereta yang berusia 30 tahun , tapi dijaga rapi oleh pemiliknya, semua lampu berfungsi, brek berfungsi. Sebabnya kenderaan lama , pemilik tak perlu risau bayar ansuran bulanan. Sedangkan pemilik kenderaan baru yang hendak berlagak sanggup biarkan tayar botak kerana tak mampu nak tukar tayar.

Yang penguatkuasa pula satu hal, baik polis, baik JPJ. Menguatkuasakan undang-undang hanya bersungguh-sungguh bila ada operasi, bila ada sekatan jalanraya. Sedangkan kalau kita sendiri memandu di jalanraya banyak kesalahan pengguna jalan raya yang boleh kita lihat , dan andaikata kita ada kuasa mahu di tahan pengguna jalanraya ini. Antaranya seperti motosikal lampu tidak berfungsi walaupun pada malam hari, walhal motosikal baru. Kereta yang diubahsuai. Lori yang mengeluarkan asap hitam. Bas ekspress yang melebihi had laju di lebuhraya.

Kalau setakat nak periksa bunga tayar, periksa lampu brek, periksa lampu hadapan, cermin gelap tak perlu pergi PUSPAKOM yang menyusahkan pengguna, rasanya di Negeri Sembilan hanya ada sat PUSPAKOM iaitu di Senawang. Buatlah pemeriksaan di mana-mana. Kalau didapati kenderaan tidak selamat , berikan notis untuk pemeriksaan di PUSPAKOM.

Buat apa hendak menyusahkan pemilik kenderaan yang menjaga kenderaan mereka dengan undang-undang yang kejap buat, kejap tarik balik?

Memang banyak kenderaan tak selamat di atas jalanraya di Malaysia ini. Tak perlu tunggu 15 tahun. Kalau nak lupuskan kenderaan lama, perluaskanlah lagi rebat pembelian kereta baru kepada semua jenis kenderaan.

Ubahlah sikap kita semua, baik pengguna mahu pun penguatkuasa.

Cuba disiplinkan diri sendiri.

"Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk" . (Hadith sahih riwayat Ibn Hibban)

 

Sumber :
From: pasn9@yahoogroups.com [mailto:pasn9@yahoogroups.com] On Behalf Of Rozmal bin Malakan [rozmal@yahoo.com]
Sent: Tuesday, November 10, 2009 9:24 PM
Subject: [N.Sembilan] Kereta tidak selamat mesti dihapuskan di Malaysia

 

Muhammad Ttuyup , Rabu, November 11, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog