Khamis : 13 Mac 2025   
@ 14 Ramadan 1446H / 7:38 PM

14Sabtu,November

Emirates benar guna telefon dalam Boeing 777

SELAMA ini penggunaan telefon mudah alih tidak dibenarkan ketika dalam penerbangan.

Namun, peraturan itu mungkin menjadi usang tidak berapa lagi apabila sebuah syarikat penerbangan berpangkalan di Dubai, Emirates memasang teknologi berasaskan satelit pada salah sebuah pesawat Boeing 777 miliknya, tahun lalu.

Teknologi itu yang pertama digunakan oleh kapal terbang milik United Arab Emirates membolehkan penumpangnya menerima dan mengirim panggilan suara serta mesej teks.

Perkhidmatan itu akan diperluaskan kepada penerbangan antarabangsa awal bulan depan. Perkhidmatan itu juga sudah memperoleh kelulusan daripada pengawal atur keselamatan udara dan telekomunikasi daripada 25 negara di Eropah, Timur Tengah dan Asia.

Emirates mempunyai 30 laluan udara antarabangsa.

Syarikat Britain, AeroMobile membekalkan teknologi selular itu kepada Emirates, dengan standard telefon GMS boleh diguna asalkan langganan penumpang berkenaan memasukkan kemudahan perantauan antarabangsa.

Syarikat kapal terbang lain seperti Air France-KLM, Ryanair dan Qantas dijangka mengikuti langkah Emirates bagi perkhidmatan mereka ke Eropah dan Australia lewat tahun ini.

Bagaimanapun, pelancong di Amerika Utara harus menunggu lama sedikit bagi mendapatkan perkhidmatan telefon mudah alih dalam kapal terbang itu kerana kedua-dua Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan mereka masih dalam peringkat rundingan mengenai permohonan kelulusan teknologi satelit baru itu.

Lambat laun semua peraturan yang melarang mengguna telefon mudah alih dalam semua pesawat mungkin akan berakhir.

Kemudahan telefon mudah alih membuat transaksi dikenakan bayaran. Misalnya panggilan suara yang boleh dibuat semasa berada pada aras lebih daripada 3,000 meter kerana pada aras itu kapal terbang dapat mengelak sebarang kemungkinan gangguan sistem komunikasi dari daratan.

Bayarannya adalah pada kadar AS$3 hingga AS$3.50 seminit bagi panggilan sama ada dari luar dan dalam. Kos itu mengikut AeroMobile adalah seiring dengan caj sedia ada perantauan antara benua, dalam kadar AS$2 hingga AS$6 seminit.

Kadar itu lebih murah daripada caj panggilan sedia ada yang dibuat di kerusi belakang kapal terbang, iaitu AS$4 hingga AS$5 seminit.

Perkhidmatan teknologi selular ini akan dikembangkan bagi menangani panggilan data internet, seperti menerima mesej email.

Qantas bercadang menguji sistem versi 64 kilobit data sesaat pada beberapa penerbangan domestiknya dan dijangka sistem itu boleh mendukung transaksi emel. Kemudahan melayari web belum lagi disediakan.

Dengan adanya kemudahan terbaru ini dalam kapal terbang, penumpang boleh menikmati komunikasi terus yang sebelum ini dilarang atau disediakan pada tempat duduk belakang pesawat saja. Saat-saat bosan dan jemu dalam kapal terbang boleh diubati dengan berkomunikasi melalui telefon mudah alih.

Muhammad Ttuyup , Sabtu, November 14, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog