Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 12:22 PM

3Selasa,November

30 % daripada 100 produk kesihatan diuji USM tidak halal

PULAU PINANG 2 Nov. - Hampir 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul diperbuat daripada kulit babi.

Dekannya, Prof. Madya Dr. Syed Azhar Syed Sulaiman berkata, kebanyakan produk yang diuji tidak halal oleh pihaknya dipercayai boleh diperoleh di pasaran tempatan.

Tanpa mendedahkan produk berkenaan, menurutnya, barangan yang diuji bagi mengenalpasti sumber gelatin yang digunakan itu telah dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk.
''Daripada 100 produk kesihatan yang kita uji, kira-kira 30 peratus didapati tidak halal dan menggunakan gelatin daripada babi kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

''Malah kebanyakan produk farmaseutikal yang dijual di negara ini mengatakan produk mereka halal tetapi hakikatnya kita tidak tahu kerana tiada sebarang mekanisma digunakan untuk menentukan perkara itu
,'' katanya pada sidang akhbar di USM di sini hari ini.

Gelatin merupakan suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Beliau berkata, pendedahan itu bagaimanapun tidak menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di negara ini kerana ada pengeluar bertindak menukar kepada gelatin yang halal selepas dimaklumkan mengenai perkara itu.

Sehubungan itu, Syed Azhar berharap supaya pihak bertanggungjawab termasuk Kementerian Kesihatan mewajibkan semua pengeluar produk kesihatan untuk menggunakan gelatin kapsul daripada sumber yang halal.

Dalam pada itu, beliau berkata, inisiatif USM membangunkan kajian berkaitan status halal sesuatu produk membuktikan komitmen universiti dalam merealisasikan harapan negara untuk muncul sebagai hab produk halal dunia.

Malah katanya, usaha itu juga bertujuan meningkatkan pembangunan ummah secara mapan supaya masyarakat di negara ini berupaya mengubah cara hidup ke arah lebih baik dengan adanya kajian-kajian seumpama itu.

''Isu halal ini bukan terhad kepada produk malah ia berkaitan dengan cara hidup kita seharian dan ia juga lebih bersifat kesedaran di mana bila kita sedar kepentingannya malah sekali gus mampu mengubah cara hidup kita,'' jelasnya. -
Utusan Malaysia

Muhammad Ttuyup , Selasa, November 03, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog