Kesatuan Eropah (EU) mengarahkan pembuat telefon bimbit dan pemain MP3 untuk merendahkan volum bunyi gajet-gajet buatan mereka kerana ia berisiko menjadikan berjuta-juta pengguna terutamanya remaja pekak.
Meglena Kuneva yang mengetuai unit perlindungan konsumer dalam Suruhanjaya EU mencadangkan peraturan baru itu bertujuan mencegah para remaja daripada mendengar volum muzik pada paras berbahaya.
Katanya, beberapa bunyi bunyi pemain muzik boleh menujah gegendang telinga seperti ngauman pesawat berlepas. Beliau memberi masa kepada para mengusaha selama dua tahun untuk tampil dengan solusi baru. Masaalah itu katanya perlu dibaiki segera kerana ia boleh mengancam kita-kira 10 juta warga Eropah pengguna gajet digital.
Sebagai langkah pertama, peranti-peranti baru perlu diubah paras default volumnya jepada paras yang wajar saat pengguna mula membuka pembalut gajet digital yang beru dibeli. Kuneva menyarankan ia ditetapkan kepada 80 desibel. Perbualan biasanya ialah 60 desibel.
“ia boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk simptom kerosakan pendengaran kelihatan dan saat itu, ia sudah terlambat,” kata Kuneva. “Langkah awal yang boleh diambil adalah dengan sedikit perubahan kecil secara teknikal iaitu dengan default. Jika pengguna cuba melangkaui default mereka boleh, tetapi mesti ada satu amaran yang jelas, jadi mereka tahu risiko yang mereka ambil.”
Satu kajian mendapati, jualan global bagi kesemua pemain muzik digital dijangka akan melonjak kepada hampir satu billion unit setahun.
Tetapi, setakat ini Eropah belum mengehadkan paras volum maksima kepada para syarikat pembuatan.
Perancis, bagaimanapun telah memperkenalkan had 100 desibel, lebih sedikit daripada bunyi trafik lalulintas, seseorang itu boleh mengemukakan saman perlindungan telinga.
Kerosakan pendengaran juga bukan hanya terhad kepada pekak, seruhanjaya itu memberi amaran.
Ia juga membawa kepada ketidak upayaan mendengar sesetengah bunyi, kesukaran memahami pertuturan dalam persekitaran yang bising, telinga berdesing dan hiper sensitif pada bunyi yang kuat.
Kuneva berkata, dia mahu paras maksimun diletakkan pada paras 80 desibel, walaupun mengakui risiko kerosakan bukan disumbangkan bunyi volum semata-mata, ia juga bergantung kepada berapa lama masa dihabiskan untuk mendengar muzik.
Kuneva berkata, dia menperoleh aduan daripada Britain, Perancis dan jerman berhubung volum peranti digital dan makmal-makmalnya kini sedang melakukan siasatan. – kosmo!

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "