Memang rambang mata untuk memilihnya. Semuanya lazat dan membuat air liur kecur sekiranya tidak dapat merasakannya. Hendak mengambil satu dua lauk, rasanya rugi sebab tidak dapat merasa yang lain. Akhirnya bertimbun lauk di atas nasi. Hampir semuanya berminyak dan berlemak. Difahamkan rakyat Malaysia sememangnya suka makan sesuka hati dan tidak menjaga pemakanan mereka. Akibatnya masalah obesiti dan penyakit kronik ekoran daripada pengambilan makanan yang tidak berkhasiat kini semakin meningkat di kalangan masyarakat. Perkembangan tidak sihat ini pastinya membimbangkan. Lebih membingungkan ialah mengapa rakyat Malaysia sanggup memudaratkan kesihatan mereka dengan makan sesuka hati? Satu daripada faktor yang boleh mendorong kepada keadaan ini ialah sikap rakyat Malaysia yang gemar makan pelbagai makanan dan malas bersenam. Lebih memburukkan keadaan, kedai-kedai makan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan menyebabkan rakyat Malaysia lupa yang mereka perlu mengamalkan pemakanan baik untuk kekal sihat . Lagi malang apabila tabiat pekerja yang menjadi aset syarikat tidak mengendahkan pilihan makanan yang sihat, boleh memberi kesan kepada produktiviti dan kecekapan dalam pekerjaan. Selain itu, kerana pelbagai penyakit yang dihadapi oleh pekerja, syarikat juga terpaksa menanggung perbelanjaan perubatan yang semakin menggunung, hanya semata-mata tiada kesedaran bahawa pemakanan tidak sihat hanya mengundang penyakit kronik seperti diabetes dan strok. Adalah baik rakyat mangambil iktibar bahawa diabetes, strok, darah tinggi dan kanser adalah penyakit kemewahan, lazimnya produk gaya hidup tidak sihat . Jika orang ramai lebih berwaspada dalam apa yang masuk dalam mulut mereka, peluang adalah cerah bagi statistik berkaitan penyakit-penyakit ini berkurang. Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI |

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "