2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 9:09 AM

13Khamis,Ogos

Rompakan besar di Britain

LONDON 12 Ogos - Dua lelaki berpakaian segak merompak sebuah kedai barangan kemas di Bond Street pada minggu lalu dan melarikan batu permata bernilai AS$65 juta (RM229.8 juta), yang merupakan antara rompakan terbesar dalam sejarah Britain.

Berdasarkan rakaman video yang dipapar oleh polis semalam menunjukkan dua lelaki berpakaian sut memasuki Graff Diamonds, sebuah kedai terkemuka di London pada petang Khamis lalu.

Ini merupakan rompakan ketiga di kedai Graff yang menjadi sasaran utama rompakan berprofil tinggi sejak enam tahun lalu.

Menurut polis, lelaki-lelaki tersebut merompak berpuluh-puluh cincin mewah, gelang, kalung dan jam bernilai AS$65 juta (RM229.8 juta) dan melepaskan dua tembakan ke lantai sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Ini merupakan rompakan terbesar dalam sejarah Britain yang meninggalkan siri Rompakan Keretapi Terkemuka pada tahun 1963 yang melibatkan rompakan bernilai 2 juta pounds (RM11.6 juta).
Kejadian pada minggu lalu itu juga berjaya mengatasi rompakan pada tahun 2006 bernilai 53 juta pounds (RM307.5 juta) di sebuah depot syarikat keselamatan di selatan England dan menyaingi insiden pada 1987 yang melibatkan rompakan bernilai 40 juta pounds (RM232.2 juta) dari Knightsbridge Safe Deposit Center di London.

Polis enggan meletakkan rating rompakan pada Khamis lalu, namun hanya menyatakan bahawa ia adalah yang terbesar di negara ini.

Menurut polis, perompak turut melarikan sepasang anting-anting berlian putih, seutas rantai berbunga dengan kelopak bertatahkan berlian kuning, sebentuk cincin berlian platinum putih Marquise dan sebuah jam tangan Chronograff.

Kedai Graff merupakan sebuah rumah batu dan memiliki simen klasik di London yang menjadi sasaran utama perompak sejak dahulu.

Kedai itu turut kehilangan barang kemas bernilai 23 juta pounds (RM133.6 juta) pada 2003 apabila dirompak oleh perompak permata, Nebojsa Denic, rakyat Serbia yang juga ahli kumpulan perompak terkenal di Balkan yang dikenali sebagai Pink Panthers.

Denic telah ditahan polis dan dijatuhkan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Pada 2007, sepasang perompak berpakaian segak turut merompak kedai cawangan Sloane Street di Bentley Continental Flying Spur.

Mereka telah mengacukan senjata api lalu membawa lari batu permata bernilai 10 juta pounds (RM58.2 juta). - AP
try , Khamis, Ogos 13, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog