2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Chef dakwa cipta ayam 'tikka masala'


PEMILIK restoran Shish Mahal di Glasgow, Ahmed Aslam Ali, menunjukkan sepinggan ayam tikka masala di restorannya, baru-baru ini. Gambar sebelah menunjukkan juadah tikka masala.


GLASGOW: Seorang tukang masak dari Glasgow, Scotland, mendakwa beliau adalah pencipta masakan 'chicken tika masala' iaitu sejenis masakan kari ayam.

Ahmed Aslam Ali, 64, pengasas restoran Shish Mahal kini mahukan Kesatuan Eropah (EU) memberinya status ‘Perlindungan Tempat Asal’ seiring dengan makanan dan minuman lain yang berasal dari Scotland.

Keluarga Ahmed mendakwa, mereka mencipta kari yang pekat dan kurang pedas itu pada 1970-an sesuai dengan selera pelanggan tempatan sebelum menjadi antara masakan paling popular di Britain.

Ayam tikka masala dicipta di restoran ini, sebelum itu kami membuat tikka ayam dan pada satu hari seorang pelanggan berkata beliau lebih suka makan ayam berkenaan dengan sedikit kuah, kerana ia agak kering,” kata Ahmed.

Selepas itu, timbul cadangan ia dimasak dengan sedikit kuah. Mulai hari itu, kami memasak ayam tika dengan kuah diperbuat dengan dadih, krim dan rempah.

“Ia adalah masakan disediakan mengikut selera pelanggan yang tidak makan kari pedas, sebab itu kami masak dengan dadih dan krim.”

Walaupun sukar dibuktikan dari mana ia berasal, masakan itu selalunya dianggap kari yang disesuaikan dengan selera orang Barat.

Ahli Parlimen Glasgow sudah mengambil langkah yang perlu bagi mendapatkan perlindungan EU bagi kari berkenaan, yang mengiktirafnya sebagai masakan istimewa tempatan.

Ayam tikka masala ini mungkin satu contoh terawal mengenai fesyen moden bagi masakan campuran,” kata Mohammad Sarwar, yang mengusulkannya di Parlimen awal bulan ini bagi menggesa perlindungan EU.

Saya menaruh harapan tinggi EU akan memberi ayam tikka masala pengisytiharan rasmi berasal dari Glasgow,” kata Ahli Parlimen daripada Parti Buruh bagi kawasan Glasgow Central itu.

Ayam tikka masala kini adalah masakan kebangsaan Britain yang tulen, bukan saja kerana ia popular tapi juga kerana ia bukti bagaimana Britain menyerap dan menyesuaikan diri dengan pengaruh luar,” kata Robin Cook, bekas menteri dalam ucapannya pada 2001 berkaitan identiti Britain. - AFP
try , Khamis, Ogos 06, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog