Terpacak di keluasan tanah 600,000 meter persegi, bangunan CCTV yang berbentuk unik itu memerlukan beratus-ratus ribu panel gelas bagi memperoleh efek sebuah bangunan mercu tanda yang tiada pendua. Namun, pantulan cahaya yang kuat daripada panel-panel gelas itu boleh menyebabkan pencemaran polarisasi cahaya yang negatif untuk hidupan kecil.
"APABILA cahaya menjadi tidak normal, haiwan-haiwan akan memberi respons yang tidak seimbang."
Kajian antarabangsa mendapati terdapat satu lagi jenis pencemaran yang boleh menyebabkan kesan buruk ke atas alam iaitu pencemaran daripada bekalan cahaya secara langsung dan polarisasi cahaya yang boleh menyebabkan perubahan tingkah laku haiwan ke tahap yang membahayakan.
Sumber cahaya itu termasuklah bangunan-bangunan tinggi atau rendah yang memantulkan semula cahaya daripada matahari akibat daripada penggunaan panel gelas secara berlebihan. Permukaan jalan raya yang licin juga tidak terkecuali.
"CAHAYA dari tenaga matahari akan bergetar dan menghala ke semua arah."
Bruce Robertson, seorang ahli ekologi dari Universiti Negeri Michigan, Amerika Syarikat (AS) berkata, polarisasi cahaya daripada struktur bangunan di satu-satu kawasan mengawal tindak balas sesetengah haiwan yang menggunakannya sebagai isyarat untuk membiak, berhijrah dan sebagainya.
"Dalam tindak balas alam sekitar, cahaya yang melampau boleh mengelirukan haiwan terhadap sesuatu tindakan. Tahap yang boleh memburukkan keadaan itu bergantung kepada situasi masing-masing," ujarnya.
"Apabila cahaya ini menjadi tidak normal, haiwan-haiwan itu akan memberi respons yang tidak seimbang lalu mengubah corak sikap yang dipamerkan," katanya.
"DALAM tindak balas alam sekitar, cahaya yang melampau boleh mengelirukan haiwan."
Kesannya ialah haiwan tersebut boleh melakukan kesilapan dalam membuat keputusan yang akhirnya menyebabkan berlakunya pemerangkapan ekologi yang kuat.
Robertson juga berkata, sumber air adalah bekalan polarisasi cahaya primer di habitat semula jadi. Dalam keadaan sebegini, kebanyakan haiwan seperti burung, serangga dan sebilangan pengelasan haiwan reptilia akan menghasilkan penglihatan polarisasi yang tinggi.
Polarisasi cahaya tersebut memainkan peranan penting dalam kitaran atau pola hidup haiwan. Mereka bergantung kepada cahaya itu untuk mencari tempat membiak, melahirkan anak dan memberi makanan. Salah satu contohnya ialah penyu.
"PENCEMARAN cahaya polarisasi yang juga diberi singkatan PLP berbeza sama sekali dengan pencemaran cahaya konvensional."
Dokumentasi anak penyu mendedahkan tahap pergantungannya yang tinggi terhadap arah cahaya semula jadi dari bulan dan bintang yang dipantul di atas permukaan air dari ruang angkasa. Polarisasi cahaya inilah yang membantu anak penyu menuju ke arah laut bagi meneruskan kehidupan sebaik sahaja menetas dan keluar dari sarang.
Terdapat laporan menyatakan anak-anak penyu yang baru menetas menuju ke arah cahaya yang terang dari bangunan dan lampu di jalan raya di kawasan urban.
"Apa juga kilauan, objek hitam seperti minyak, sel solar dan permukaan tar seperti jalan raya boleh mendatangkan masalah," jelasnya.
"Apabila benda-benda ini wujud berdekatan dengan kawasan berair seperti sungai, tasik dan laut, maka ia menimbulkan masalah besar.
"Cahaya dari tenaga matahari akan bergetar dan menghala ke semua arah tetapi apabila ia memantul dari permukaan yang rata seperti air, ia hanya akan bergetar dalam arah melintang. Jadi, ia sudah menjadi polarisasi," tambahnya.
Sebab itulah manusia senang untuk melihat atau meningkatkan penglihatan dengan cermin mata hitam yang berkuasa polarisasi pada hari yang cerah. Ini kerana ia hanya mengeluarkan polarisasi cahaya melintang yang memantul dari permukaan air dan jalan raya.
Berdasarkan kajian sekumpulan penyelidik dari AS dan Hungary, didapati 300 spesies serangga dikenal pasti menggunakan polarisasi cahaya sebagai sumber navigasi. Antara keperluannya adalah mencari sumber air yang bersih dan dalam kuantiti yang besar, di samping mencari makan serta membiak.
"Disebabkan tahap pergantungan yang cukup tinggi, lazimnya mereka menghadapi masalah kesilapan tekaan terhadap sumber air dengan permukaan tar, kereta, permukaan plastik, tingkap bergelas dan juga batu nisan," sambung Robertson.
Kumpulan penyelidik menyatakan, pencemaran polarisasi cahaya yang juga diberi singkatan PLP berbeza sama sekali dengan pencemaran cahaya konvensional yang dikenali sebagai pencemaran cahaya ekologi atau ELP kerana ia berlaku pada masa tertentu dalam sehari.
"Biasanya ELP dikaitkan dengan fenomena waktu malam.
"Secara kontra, PLP boleh terjadi dalam persekitaran gelap dan bercahaya di tempat yang tetap," ujarnya.
Kajian itu juga mendedahkan bahawa PLP boleh mengganggu rantaian makanan terutama apabila pemangsa mengikut mangsa masuk ke perangkap ekologi moden di kawasan urban.
"SUMBER cahaya termasuklah bangunan-bangunan tinggi atau rendah yang memantulkan semula cahaya matahari."
Selain itu, PLP juga mempunyai kesan buruk ke atas hidupan marin. "Apabila cahaya yang berselerak menembusi permukaan air dan terkena pada badan haiwan marin yang lut sinar, tahap polarisasinya lebih tinggi."
"Plankton bijak mencari dan mengenal pasti zooplankton dalam air yang biasanya bertekstur lut sinar. Bagaimanapun, teknik 'pemburuan' ini gagal sekiranya diganggu dengan pembuangan sampah seperti beg plastik," katanya.
"Penyu ialah contoh terbaik kerana ia kerap kali termakan beg plastik terutama beg lut sinar yang mempunyai efek cahaya polarisasi sama seperti makanan yang biasa diambil seperti plankton yang juga lut sinar," tambahnya. - kosmo!

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "