2+4 hrs...Twogether Fourever

Isnin : 21 April 2025   
@ 23 Syawal 1446H / 4:08 PM

28Selasa,Julai

Bahaya di hujung jari

Tangan yang tidak bersih punca jangkitan mata khususnya di kalangan pengguna kanta sentuh

WALAUPUN pergerakan lebih bebas ketika menggunakan kanta sentuh berbanding cermin mata, hakikatnya penggunaan kanta sentuh boleh menimbulkan masalah lebih besar kepada pengguna kerana kecenderungan untuk mendapat jangkitan.

Tabiat memakai kanta lekap itu hakikatnya memudahkan mereka mendapat jangkitan mata seperti ulser kornea yang boleh menyebabkan buta. Hal itu tidak boleh dinafikan apabila kajian pakar perubatan menganggarkan seramai 20 daripada 20,000 pemakai kanta lekap di negara ini dijangkiti masalah berkenaan.

Penyakit mata itu di kalangan pengguna kanta lekap berlaku berikutan kekerapan jari menyentuh mata. Antaranya ketika membersihkan kanta lekap dengan kuku panjang dan tajam, kanta berkenaan boleh calar dan berlaku retakan halus sekali gus mendorong pembiakan bakteria.

Apabila kanta berkenaan yang sudah dicemari bakteria dimasukkan ke bahagian kornea mata sekali gus mengundang kepada masalah ulser kornea.

Pakar Oftalmologi, Dr. Yeoh Phee Liang, berkata kuku jari adalah tempat kuman bersembunyi, oleh itu apabila seseorang memiliki kuku panjang dan mengendalikan kanta lekap, ia boleh mengakibatkan kornea mata tergores secara tidak sengaja.

Selain itu, katanya, masalah kornea melecet atau ' cornea abrasion' boleh berlaku yang mana luka akibat menggores pada bahagian kornea mata akan menyebabkan bakteria mudah menyerang kornea yang luka hingga akhirnya boleh menjejaskan penglihatan seseorang.

"Kebersihan tangan pemakai dan kanta lekap itu sendiri sangat penting terutama ketika mengendalikan kanta lekap. Selain tangan kotor, bekas penyimpan yang tidak bersih boleh menyebabkan bakteria melekat pada kanta lekap.

"Kebersihan tangan perlu diutamakan. Sehubungan itu, kita perlu mengamalkan langkah kebersihan diri terutama ketika mengendalikan kanta lekap. Disarankan, cuci tangan terlebih dulu dengan sabun antibakteria sebelum mahupun selepas menggunakannya.

"Ini berikutan tangan kotor mengundang bahaya terutama bagi pengguna kanta lekap. Bakteria yang melekat pada hujung jari dan tapak tangan antara faktor penyebab kepada masalah ulser kornea," katanya.

Sidang berkenaan bertujuan membantu meningkatkan kesedaran orang ramai mencuci tangan dengan langkah betul sebelum menggunakan kanta lekap yang kini menjadi satu aliran terkini. Selain dari mereka yang tidak menggunakan kanta lekap berkuasa (kanta cembong atau cengkung) ada juga yang ingin menyerlahkan kecantikan mata dengan menggunakan kanta lekap berwarna yang kini banyak di pasaran.

Dr. Yeoh berkata, tidak kira jenis apa sekali pun, kegagalan menjaga kebersihan mata seperti menyentuh atau menggosok mata dengan tangan yang dicemari kuman boleh menyebabkan jangkitan mata berlaku.

"Seseorang yang dijangkiti penyakit mata boleh memindahkan jangkitan berkenaan menerusi berjabat tangan dengan orang lain selepas menyentuh mata tanpa membasuh tangan. Orang lain yang kemudian menyentuh mata mereka dengan tangan yang tercemar itu boleh dijangkiti penyakit mata yang sama.

"Oleh itu, bagi mengelak dari mendapat jangkitan mata, kita perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dengan baik bagi mengelakkan jangkitan mata terus merebak," katanya.

Sementara itu, Pegawai Optometri, VISTA Vision Specialist, Tan Chin Ching, berkata kadang kala pengguna kanta lekap lalai mencuci tangan dengan bersih. Malah, ada yang menggunakan air liur untuk melembapkan kanta lensa.

"Bagaimanapun, bagi mengelak mata menjadi pedih selepas memasukkan kanta lekap ke dalam mata, jangan memakai losyen tangan sebelum mengendalikan kanta lekap. Bekas simpanan kanta lensa juga mestilah ditukar setiap tiga bulan sekali.

"Pemakai juga tidak seharusnya menyimpan bekas simpanan kanta lekap di tempat basah atau lembap seperti bilik air bagi mengelakkan pertumbuhan kulat. Sebaliknya, ia seharusnya disimpan di tempat yang kering selepas digunakan," katanya.

Kebanyakan orang berpendapat bahawa membasuh tangan dengan sekadar air saja sudah mencukupi, sebaliknya anggapan itu salah. Kita perlu membasuh tangan dengan betul menggunakan sabun antibakteria bagi melindungi daripada kuman yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit berjangkit.

Sabun tangan yang perlu menjadi pilihan ialah mempunyai keupayaan membasmi kuman dengan berkesan dan bukan sabun yang hanya merangsang bau wangi atau melembapkan tangan.

Sabun tangan antibakteria seperti jenama Lifebuoy mengandungi Triclosan, agen aktif yang berupaya mengurangkan kuman ke tahap yang paling rendah dalam tempoh masa yang lama. Sabun antibakteria Lifebuoy juga berupaya melembap dan memberi wangian pada tangan serta badan.

Terdapat langkah membasuh tangan yang betul yang harus kita amalkan. Membasuh dengan betul mengurangkan pembiakan bakteria sekali gus membantu mengurangkan kadar statistik penyakit mata yang boleh menyebabkan buta.

Malah, jika mengikut langkah membasuh tangan dengan betul anda cukup bersih dan selamat untuk mengendalikan kanta lekap.

INFO: Cara betul basuh tangan

  1. Basuh tangan sehingga bersih dengan sabun antibakteria
  2. Pam sabun jenis cecair mengikut saiz duit syiling 50 sen ke atas tapak tangan.
  3. Gosok antara celah jari kerana tempat itu menjadi tempat kuman bersembunyi.
  4. Gosok setiap kuku jari dan jangan lupa juga untuk gosok belakang dan pergelangan tangan.
  5. Bilas tangan dengan air bersih.

Panduan bersih kanta lekap

Ketika membersih kanta lekap, menggosok permukaan kanta lensa dengan jari bagi menyingkirkan protein yang terbina di permukaan kanta yang boleh menyebabkan alahan pada mata.

Jangan pakai losen tangan sebelum mengendalikan kanta lensa sebaliknya pastikan tangan dalam keadaan bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman pada mata.

Oleh Hidayah Mohammad
Muhammad Ttuyup , Selasa, Julai 28, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog