2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 11 April 2025   
@ 13 Syawal 1446H / 2:57 AM

26Jumaat,Jun

USAH TERTIPU UMPANAN PENJENAYAH SIBER

Bagaimana hendak melindungi maklumat peribadi anda

PENGGUNA aktif Twitter, sebuah rangkaian perhubungan sosial di Internet, pasti kebimbangan baru-baru ini selepas membaca berita tentang aksi penjenayah mencuri maklumat peribadi penggunanya secara berleluasa.

Twitter popular sebagai satu cara untuk mengambil tahu tentang status rakan-rakan di dunia siber kerana ia membenarkan penggunanya menghantar blog secara langsung daripada telefon bimbit mereka.

Malangnya, ciri ini juga menarik perhatian ramai penjenayah siber untuk 'memancing' atau melakukan 'phishing' - memecah masuk ruangan peribadi pengguna untuk mencuri maklumat intim atau semata-mata untuk menulis kata-kata cemuh.

Antara selebriti atau tokoh awam yang menjadi mangsa setakat ini termasik Britney Spears dan Barack Obama.

Bagaimanakah seorang penjenayah siber atau hacker mencuri maklumat anda? Dan bagaimana hendak mengurangkan risiko anda turut menjadi mangsa?

Apa itu phishing?

'Phishing' berkaitan dengan kekata Inggeris fishing dan menuding kepada proses 'memancing' maklumat peribadi seseorang di alam siber.

Kekata ini pertama kali digunakan lewat 1996 dan secara am proses jenayah ini menggunakan halaman palsu yang kelihatan seperti halaman rasmi sesebuah syarikat yang dipercayai ramai untuk mengumpan pengguna supaya mendedahkan maklumat peribadi mereka.

Bagaimana phishing berlaku

Terdapat berbagai-bagai cara pencurian ini boleh dilakukan namun cara yang paling popular adalah menerusi satu 'link' atau alamat lelaman yang dihantar menerusi e-mel atau mesej segera. 'Link' ini kemudian akan menghubungkan anda ke sebuah lelaman palsu yang akan melombong maklumat peribadi anda.

Cara mencuri terbaru

Namun sebuah artikel di lelaman berita PCWorld.com baru-baru ini menggariskan bahawa satu kaedah mencuri yang semakin digunakan penjenayah siber adalah menerusi aplikasi pelungsur (browser) popular yang digelar in-session phishing.

Kaedah ini serupa dengan kaedah yang digunakan untuk memecah masuk akaun peribadi pengguna Twitter.

Seorang penjenayah akan menggubah kod sesebuah pelungsur untuk mengarahkan sebuah 'pop-up' untuk timbul semasa si pengguna sedang melungsur lelaman Facebook atau Twitter.

Oleh kerana pop-up ini timbul semasa si pengguna sedang melog masuk ke akaunnya, beliau akan lebih mempercayai pop-up palsu itu.

Sasaran utama

Maklumat peribadi yang sering menjadi sasaran penjenayah adalah kata kunci dan nama log masuk pengguna lelaman membeli-belah serta akaun perbankan siber.

Secara am, maklumat yang berkaitan dengan pertukaran wang atau pembelian barang menerusi Internet hangat diperdagangkan penjenayah siber.

Bagaimana hendak mempertahan maklumat peribadi anda?
  • Ubah kata kunci yang anda gunakan jika anda mengesyaki bahawa maklumat peribadi anda telah dicuri orang.
  • Bahkan, ia adalah sesuatu amalan yang baik untuk mengubah kata kunci anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.
  • Anda juga perlu mengehadkan jumlah maklumat peribadi yang anda kongsi di ruangan sosial.
  • Usah terbitkan maklumat seperti nama bekas sekolah dan nama syarikat anda jika boleh untuk mengurangkan risiko ia digunakan oleh penjenayah untuk mencerobohi maklumat peribadi anda.
  • Anda juga boleh membeli sofwe antiphishing yang ditawarkan syarikat kawalan keselamatan seperti Symantec dan McAfee. - cyberita
'Api' Harjan Milosevic , Jumaat, Jun 26, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog