Ia bukan satu kepercayaan kosong tetapi disahkan pakar-pakar sakit puan dan perbidanan yang telah merawat ramai wanita yang mengadu menghidap jangkitan di kemaluan hingga menyebabkannya gatal selepas musim-musim perayaan.
Makanan manis yang dimaksudkan adalah seperti kuih-muih dan kek yang sering dihidangkan pada hari-hari kebesaran seperti Hari Raya dan Krismas.
Konsultan pakar sakit puan dan perbidanan di klinik swasta, Dr Lee Keen Whye, berkata: 'Anda tidak perlu menghidap kencing manis untuk mempunyai kandungan gula yang banyak di dalam air kencing anda. Banyak memakan makanan manis pun boleh menambah kandungan gula di dalam air kencing hingga merangsang pembiakan kulat di kemaluan.'
Salah seorang yang telah mengalami masalah jangkitan ini dan mengaitkannya dengan memakan berlebihan makanan manis ialah tutor peribadi, Cik Cynthia Ang, 25 tahun.
'Kali terakhir saya mengalami jangkitan di kemaluan ialah selepas Krismas tahun lalu. Rasa gatalnya keterlaluan hingga saya tidak boleh berdiri atau duduk. Selepas lima hari saya tidak tahan lagi lalu berjumpa doktor pakar,' kata Cik Ang.
Data menunjukkan kira-kira seorang daripada setiap lima orang wanita pernah mengalami jangkitan kulat di kemaluan mereka dalam hayat mereka.
Gemar memakan makanan manis menambah kemungkinan ini. Antara gejala atau tanda jangkitan ini yang paling biasa dialami ialah rasa gatal dan pedih di kemaluan, rasa sakit apabila hendak membuang air kecil atau semasa mengadakan hubungan kelamin.
Bagaimanapun, gejala-gejala yang disebutkan itu serupa bagi punca-punca lain yang menyebabkan jangkitan di kemaluan iaitu infeksi kulat, trikomoniasis dan vaginosis bakteria.
Ini lantas membuat rawatan bagi jangkitan di kemaluan agak sukar. Menjelaskan, Dr Lee berkata: 'Masalah jangkitan di kemaluan ini ialah ia mempunyai banyak punca dan gejala yang mengelirukan. Maka itu agak sukar merawatnya.
'Untuk mendapatkan diagnosis yang tepat, doktor ada kala perlu mengambil contoh lendir dari kemaluan atau melakukan mikroskopi pada lendiran kemaluan.
'Bagaimanapun, ujian-ujian begini agak sensitif dan tidak memberikan hasil yang tepat. Ia juga mengambil masa yang lama dan bayaran tinggi untuk dijalankan.
'Dalam pada itu, pesakit akan terus berasa tidak selesa hingga menyebabkan jangkitan menjadi lebih teruk. Maka itu, rawatan paling baik yang selalu diberikan doktor di klinik-klinik rawatan am (GP) ialah rawatan yang juga diberikan untuk masalah jangkitan lain di kemaluan bagi memberikan kelegaan yang cepat.'
Dr Lee memberitahu bahawa Neo-Penotran merupakan ubat yang baik untuk melegakan jangkitan di kemaluan dengan berkesan dan cepat.
Ia adalah sejenis rawatan yang digunakan untuk merawat beberapa masalah jangkitan di kemaluan yang puncanya tidak dapat dipastikan.
Beliau menggesa agar wanita yang menghidap jangkitan di kemaluan usah lambat mendapatkan rawatan kerana lambat mendapatkan rawatan boleh memberikan kesan serius.
Jangkitan itu boleh disebabkan penyakit kelamin, herpes, yang boleh dijangkitkan kepada pasangan seks pesakit. - cyberita

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "