Khamis : 24 April 2025   
@ 26 Syawal 1446H / 7:32 PM

11Isnin,Mei

Selesema babi pernah bunuh 20 juta manusia

KEPALA BATAS - Bekas Pensyarah Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Kamarul Zaman Embi (gambar) mendakwa ada sesetengah pihak memberi pandangan agar kerajaan memberi rawatan terhadap babi bagi mengelakkan haiwan berkenaan diserang virus H1N1 merupakan satu tindakan yang sia-sia.

Menurutnya, selesema babi merebak melalui manusia ke manusia melalui proses pernafasan, batuk atau bersin dan dari kajian yang dibuat menunjukkan, kuman virus selesema babi mampu bertahan untuk hidup selama beberapa hari di ruang udara.

"Apabila seseorang pembawa kuman virus selesema babi menghembus nafas, batuk atau bersin, kuman yang ada padanya akan keluar. Saiznya lebih kecil dari percikan ketika kita bersin atau batuk hasil dari aktiviti itu, kuman atau virus selesema babi akan berada di udara selama beberapa hari dan ianya bergerak mengikut angin.

"Sekiranya kita melambai dengan tangan dan ketika itu zarah virus selesema babi berada di kawasan tersebut, maka zarahnya akan melekat di tangan kita. Kita tidak dapat merasakan kehadiran virus itu kerana ianya terlalu kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar" ujarnya.
Virus selesama babi bukan satu penyakit baru malah ianya telah dikesan pada 1918 di Eropah dan ianya dikenali dengan nama 'Spanish Flu' dan telah membunuh sebanyak 20 juta nyawa.

Fenomena ini berulang pada 1977 di Rusia dan dikenali dengan nama 'Russian Flu'. Sehingga kini, selesema babi telah dikesan merebak ke 24 negara dan mengorbankan lebih dari 1,400 nyawa.

"Pada 1918 dunia masih belum bersedia berhadapan dengan virus seumpama itu kerana ianya merupakan serangan pertama, oleh itu kadar mereka yang terkorban sangat tinggi.

"Di Malaysia, kita tidak perlu khuatir kerana kerajaan mengambil tindakan berjaga-jaga untuk mencegah serangan virus ini dari memasuki negara. Kita patut bersyukur kerana iklim di negara kita panas dan virus ini akan hidup selama dua jam di udara sebelum ianya mati berbanding dengan negara di Eropah yang beriklim sejuk, kuman virus selesema babi ini boleh hidup sehingga empat hari," katanya.

Menurutnya terdapat beberapa tanda awal bagi menunjukkan seseorang itu menghidapi penyakit selesema babi, antaranya deman berpanjangan batuk, sakit kepala, tekak dan sakit badan.

Tidak dinafikan virus itu cepat membiak dan lebih aktif terhadap mereka yang memiliki daya pertahanan badan yang lemah, katanya. - Sinar Harian
Muhammad Ttuyup , Isnin, Mei 11, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog