Enzim dikenali sebagai `Xylanase' dan `Cellulase' boleh mengeluarkan dakwat di kertas ketika proses kitar semula dilakukan bagi mendapatkan pulpa berwarna putih.
Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Penyelidikan) Pusat Pengajian Sains Biologi USM, Prof Dr Darah Ibrahim, berkata kajian yang dijalankan sejak 2003 itu mendapati enzim berkenaan tidak mencemarkan alam sekitar berbanding bahan kimia lain yang digunakan dalam proses itu.
Hampas yang terhasil daripada proses membuat enzim pula boleh dijadikan sebagai makanan haiwan.
Katanya, dengan menggunakan enzim ini, ia akan menghasilkan pulpa kertas berwarna putih selepas semua dakwat berjaya dikeluarkan. Pulpa kertas itu juga bebas daripada bahan kimia.
"Selain itu, enzim berkenaan juga mampu mengurangkan kos pemprosesan kertas kitar semula sehingga 40 peratus," katanya pada sidang media di USM di Georgetown, minggu lalu.
Darah berkata, proses yang dikenali sebagai Penyahdawatan Kertas Terpakai menggunakan Sistem Penyahdawatan Berenzim itu mampu menghasilkan 9.5 kilogram pulpa kertas daripada 10 kilogram kertas terpakai.
Daripada proses itu, ia mampu menghasilkan 1,903 keping kertas bersaiz A4 seberat 80 gram, 2,176 keping kertas (70 gram) dan 2,583 keping kertas (60 gram).
Berbanding proses yang sama tetapi menggunakan bahan kimia lain, cara berkenaan lebih menguntungkan kerana enzim yang digunakan mampu membuang seratus peratus dakwat kertas.
"Kita menggunakan mesin yang dihasilkan sendiri untuk mendapatkan pulpa. Setiap proses menggunakan mesin dijalankan secara automatik dan akan melalui banyak tapisan sehingga menghasilkan buih bagi membuang dakwat," katanya. - bh
Isnin, Mei 04, 2009
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Enzim nyah dakwat kertas kitar semula silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "