Para penyelidik Jerman mendapati, cimpanzi betina lebih banyak mengawan dengan cimpanzi jantan yang selalu berkongsi makanan dengan mereka.
''Hasil kajian yang ditemui juga nyata menunjukkan bahawa cimpanzi liar bertukar makanan untuk seks dan haiwan itu akan terus melakukan perbuatan tersebut untuk jangka masa yang panjang," kata Cristina Gomes daripada Institut Max Planck untuk Antropologi Evolusi di Leipzig, Jerman.
Gomes bersama rakan sekerjanya, Christophe Boesch yang menulis tentang kajiannya dalam jurnal sains awam, PloS ONE turut memberitahu bahawa mereka telah memerhati kehidupan cimpanzi di Tai National Park di Ivory Cost.
''Makanan digunakan sebagai hipotesis untuk seks adalah satu penjelasan yang munasabah bagi perbuatan berkongsi makanan dalam konteks cimpanzi kerana haiwan ini mengawan secara rambang tanpa memilih pasangannya," lapor kajian tersebut.
Bagaimanapun, haiwan jantan lebih suka berkongsi makanan dengan haiwan betina yang tubuhnya menunjukkan mereka sedang dalam tempoh kesuburan.
''Penemuan kami juga membuktikan bahawa cimpanzi sebenarnya boleh berfikir tentang masa silam dan masa hadapan. Keadaan itu mempengaruhi tingkah laku mereka," kata Boesch. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "