2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 26 April 2025   
@ 28 Syawal 1446H / 5:19 PM

28Selasa,April

Wajah pengamal diet kelihatan lebih tua

WASHINGTON: Mengurang pengambilan makanan membolehkan berat badan berkurangan tetapi pada masa sama ia menjadikan wajah kelihatan lebih tua, kata saintis.

Penyelidikan mendapati kehilangan berat cuma sebanyak 4.5 kilogram, boleh menampakkan seseorang wanita empat tahun lebih tua daripada usia sebenar. Sebaliknya, memiliki pipi tembam dan wajah lembut mengekalkan keremajaan.

Penyelidik Amerika Syarikat membuat kaitan antara berat dan umur selepas mengkaji indeks jisim tubuh (BMI) 200 pasangan kembar perempuan seiras selama dua tahun.

Ketua saintis, Dr Bahaman Guyuron, berkata: "Kajian mendapati wanita berusia 40 tahun ke atas dengan penampilan dua dan empat tahun lebih muda daripada usia sebenar memiliki BMI empat mata lebih tinggi."

Dalam sesetengah kes, ia bermakna perbezaan pada berat cuma 4.5 kilogram menambah empat tahun pada penampilan seseorang wanita, menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam Plastic and Reconstructive Journal.

Perceraian turut memberi kesan pada penampilan, ketika wanita berkahwin atau solo didapati kelihatan lebih muda berbanding mereka yang bercerai.
"Kembar yang bercerai kelihatan 1.7 tahun lebih tua daripada pasangannya yang tidak bercerai," kata Dr Guyuron dari Universiti Case Western Reserve di Cleveland, Ohio.

Mengalami kemurungan, merokok, pengambilan minuman keras dan berjemur, turut mencacatkan penampilan muda seseorang, kata kajian.

Dr Guyuron kini mengendalikan kajian ke atas pasangan kembar lelaki untuk melihat sama ada ia mempunyai kesan sama.

Setiausaha Persatuan Pakar Bedah Plastik Britain, Rajiv Grover, memberitahu akhbar Daily Mail: "Bukan kedutan dan garisan halus membuatkan orang kelihatan tua, ia adalah perubahan pada bentuk wajah."

Grover, yang juga perunding pakar bedah plastik di Hospital King Edward VII di London, berkata ketika ramai orang mula kehilangan keanjalan pipi pada usia 38 tahun, pengamal diet ekstrim mempunyai paling banyak alasan untuk berasa bimbang mengenainya.

"Mereka yang cuba untuk kekal kurus hilang berat pada wajah mereka lebih cepat dari sepatutnya dan ia jelas menunjukkan penuaan.

"Lebih banyak lemak yang disimpan pada wajah, terutama pada pipi, anda semakin mengekalkan keremajaan," katanya. - Agensi
Muhammad Ttuyup , Selasa, April 28, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog