2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Panduan elak jemaah umrah kena tipu

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan beberapa langkah keselamatan untuk melindungi jemaah umrah yang semakin membanjiri bandar raya suci Makkah dan Madinah menjelang musim panas ini daripada menjadi mangsa penipuan.

Langkah itu bertujuan memastikan tiada kelemahan dalam pelaksanaan undang-undang dan peraturan yang diperkenalkan oleh Kementerian Haji ke atas jemaah umrah. Sebelum ini, beberapa kes penipuan dilaporkan membabitkan jemaah umrah dan haji.

Lebih 3.5 juta jemaah dijangka akan mengunjungi negara itu dari 156 negara ketika musim umrah, yang bermula Februari lalu dan berakhir menjelang 15 Ramadan.
Lebih SR13 bilion (RM12.5 bilion) dijangka disalurkan jemaah ke pasaran Arab Saudi. Syarikat pengendali umrah dan ejen luar negara masing-masing di pelbagai negara sudah mula memasarkan pakej umrah mengikut peraturan baru yang dikeluarkan Kementerian Haji.

Pembantu Setiausaha Rendah Hal Ehwal Umrah di kementerian itu, Adel Balkhair, berkata perkara yang paling menonjol dalam peraturan baru itu ialah ejen luar negara syarikat pengendali umrah perlu menjadi anggota Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Ia bertujuan memastikan ejen asing berkelayakan dan pakar dalam bidang pelancongan untuk menanggung pakej umrah di negara masing-masing.

Terdahulu, jemaah menjadi mangsa penipuan kerana ketidakupayaan ejen luar negara menanggung pakej Umrah dengan baik. Sebahagian firma pula terbukti tidak mampu mengendalikan pakej umrah, manakala yang lain didapati palsu. - Agensi
try , Selasa, April 28, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog