LONDON: Sekumpulan saintis menemui bahan galian di Marikh yang menunjukkan planet itu suatu masa dulu boleh menampung kehidupan.
Bahan karbonat terbentuk dalam keadaan neutral atau air alkali ditemui kumpulan Mars Reconnaissance Orbiter dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Nasa), lapor The Telegraph.
"Tentu sekali perkara itu amat menarik," kata John Mustard dari Universiti Brown di Rhode Island.
"Ia putih, berbentuk bebawang dan berkerak."
Karbonat berkenaan terbentuk apabila air dan karbon dioksida bercampur dengan kalsium, besi atau magnesium.
Ia larut dengan cepat dalam asid jadi penemuan ini menolak teori bahawa semua air di Marikh pada masa dulu adalah berasid.
"Ia mungkin dalam keadaan sederhana, menunjukkan permulaan bagi alam sekitar di Marikh," kata pelajar lulusan Univeristi Brown, Bethany Ehlmann, ketua kajian yang disiarkan dalam Science Journal.
"Ia mengekalkan rekod mengenai jenis habitat tertentu, bersifat semula jadi kepada persekitaran air alkali."
Karbonat di bumi seperti kapur atau batu kapur kadang kala mengekalkan bahan organik, tetapi saintis mendapati tiada bukti seperti itu di Marikh.Karbonat berusia 3.6 bilion tahun ditemui pada batuan berhampiran kawah selebar 1,490 kilometer.
Karbonat sebelum ini ditemui dalam jumlah amat kecil dalam sampel tanah yang terhasil dari kapal khas untuk penyelidikan debu dan tahi bintang Marikh di bumi. Bagaimanapun, ini adalah pertama kali sekumpulan saintis menemui kawasan karbonat terbentuk.
Ia bersaiz seperti padang bola dan boleh dilihat dalam imej yang dirakamkan alat dikenali sebagai Mars Reconnnaissance Orbiter.
"Ia adalah persekitaran air yang berbeza dalam sejarah awal Marikh yang menunjukkan kemungkinan bermulanya kehidupan," kata Richard Zurek dari Makmal Jet Propulsion di California. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "