Ahad : 13 April 2025   
@ 15 Syawal 1446H / 11:44 AM

4Sabtu,April

Bayi pertama dipercayai bebas gen barah payu dara

Pemeriksaan ketika janin dapati tidak bawa genetik BRCA 1

LONDON: Seorang bayi perempuan yang bakal lahir minggu depan, akan menjadi bayi pertama Britain bebas daripada genetik barah payu dara.

Media tempatan melaporkan semalam, bayi berkenaan melalui proses pemeriksaan ketat dan seawalnya termasuk ketika janin lagi bagi memastikannya tidak membawa genetik BRCA 1 yang mewariskan risiko barah payu dara selama beberapa generasi.

Anak perempuan yang dilahirkan dengan gen berkenaan mempunyai peluang sebanyak 50 hingga 85 peratus menghidap barah payu dara.

Pada Jun lalu, ibunya yang berusia 27 tahun, memaklumkan keputusannya menjalani pemeriksaan saringan awal selepas melihat sendiri bagaimana semua saudara mara perempuan suaminya mengidap barah yang menjadi pembunuh utama wanita di seluruh dunia.

"Ketika itu, kami berasakan jika ada peluang untuk melenyapkan risiko barah itu di kalangan anak-anak, maka itulah pilihan yang akan kami lakukan," kata bakal ibu yang mahukan identitinya dirahsiakan.

Kaedah perubatan dikenali Pre-implantation Genetic Diagnosis (PGD) sudah dilaksanakan secara meluas di Britain bagi membebaskan bayi daripada penyakit keturunan seperti Huntington.

Namun barah payu dara dianggap berbeza kerana ia tidak semestinya dihidapi seawal peringkat bayi atau mungkin berlaku pada usia lewat.

Malah, ada kemungkinan ia boleh dirawat dan pulih jika dikesan seawal mungkin.

Sebarang permohonan untuk melakukan teknik PGD bagi barah payu dara perlu mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Embriologi dan Kesuburan di London yang juga klinik melakukan prosedur berkenaan.

Agensi itu memberi kelulusan selepas mendapatkan rundingan awam.

Sementara itu Pengurus Dasar Persatuan Teknologi Perubatan Barah Payu Dara Britain, Dr Sarah Cant menyifatkan keputusan pemeriksaan janin bagi mengesan penyakit itu, sememangnya satu isu kompleks dan amat peribadi.

"Wanita yang mempunyai sejarah barah payu dara akan memberikan alasan yang mungkin tidak sesuai bagi individu lainnya. Oleh itu, penting bagi mereka terbabit mendapat maklumat sewajarnya dan tepat selain sokongan bagi memastikan mereka membuat keputusan yang betul." - Agensi
Muhammad Ttuyup , Sabtu, April 04, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog