LONDON: Mereka yang tidak selalu bersenam sehingga mencapai umur 50 tahun masih boleh memperoleh manfaat daripada aktiviti fizikal, tetapi mungkin mengambil masa lama merasai kesannya, kata seorang penyelidik Sweden.
Kajian yang membabitkan 2,205 lelaki dari Sweden yang diikuti selama lebih 20 tahun mulai usia 50 tahun menunjukkan mereka yang menunggu sehingga lewat usia untuk memulakan aktiviti fizikal boleh mendapat manfaat seperti mereka yang mengamalkan senaman sejak usia muda.
"Orang muda sememangnya diketahui mendapat manfaat daripada senaman tetapi ini adalah kali pertama kami dapat menunjukkan bahawa orang tua juga boleh mendapat manfaat daripada aktiviti fizikal," kata Liisa Byberg, penyelidik di Universiti Uppsala, Sweden.
"Tidak terlambat untuk memulakannya." Penyelidik membahagikan suka rela berkenaan kepada kumpulan aktiviti tinggi, sederhana dan rendah. Kira-kira separuh daripada lelaki berkenaan melaporkan senaman tahap tinggi, menyamai sekurang-kurangnya aktiviti sukan atau melakukan kerja berat di kebun selama tiga jam setiap minggu.
Kira-kira satu pertiga menyatakan mereka bersenam secara sederhana, dengan berjalan dan mengayuh basikal, sementara yang lain melakukan sedikit atau tiada senaman langsung, lapor penyelidik berkenaan dalam Jurnal Perubatan British.
Tidak mengejutkan, kadar kematian adalah paling tinggi di kalangan kumpulan kurang bersenam dan paling rendah di kalangan suka rela paling aktif dalam tempoh lima tahun pertama kajian itu. Namun selepas 10 tahun, mereka yang mula bersenam pada usia 50 tahun juga mempunyai kadar kematian sama dengan mereka dalam kumpulan aktiviti tinggi.
Kesannya sama seperti membuang tabiat merokok dan kajian itu mencadangkan kajian lanjut dilakukan untuk melihat berapa banyak aktiviti fizikal diperlukan untuk memberi kesan ke atas kesihatan. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "