Ahad : 27 April 2025   
@ 29 Syawal 1446H / 10:18 AM

19Khamis,Mac

Rawatan hentikan peluh ketiak diperkenal

LONDON: Pakar bedah kosmetik kini menawarkan pembedahan selama 60 minit untuk menghentikan peluh keterlaluan pada ketiak selama-lamanya, cuma pada harga £3,500 (RM18,064).

Perkhidmatan Menghapuskan Peluh Laser, yang dilancarkan semalam, menjanjikan pengakhiran kepada masalah memalukan - diketahui sebagai axillary hyperhidrosis - yang menjejaskan tiga juta penduduk Britain.

Ia diperkenalkan pakar bedah, Mark Whiteley, memulakan pembedahan membuang urat bengkak 10 tahun lalu.

Prosedur terbarunya membabitkan suntikan bius pada ketiak, diikuti laser yang memusnahkan kelenjar peluh secara kekal sebelum tisu yang dirawat dibuang menggunakan kaedah sedutan.

Sejak beberapa tahun ini, selebriti seperti Madonna, melakukan suntikan Botox pada ketiak sebagai penyelesaian sementara kepada masalah peluh berlebihan.

Dr Whiteley, yang menawarkan rawatan itu di kliniknya di Guildford, Surrey, berkata: "Semua orang berpeluh untuk menghilangkan kepanasan dan kita berpeluh di seluruh tubuh. Bagaimanapun, sesetengah orang berpeluh di bahagian tertentu lebih daripada orang lain. Ketiak membentuk satu peratus daripada bahagian permukaan tubuh tetapi peluh keterlaluan di bahagian itu mencetuskan keaiban dan boleh merosakkan pakaian.

"Menghentikan peluh dari bahagian itu mengalihkan aliran peluh ke 99 peratus bahagian lain tubuh. Oleh itu, kadar keseluruhan peluh yang keluar dari tubuh tidak berubah tetapi malu disebabkan peluh keterlaluan pada ketiak dapat dirawat."

Katanya, dalam masa sejam selepas dibius, rawatan laser antipeluh baru boleh mengubah kehidupan sesetengah orang, membolehkan mereka menghentikan peluh pada ketika dengan kadar segera. - Agensi
Muhammad Ttuyup , Khamis, Mac 19, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog