Maksud firman Tuhan dalam al-Quran:
"Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami, dan sesungguhnya Kami berkuasa MELUASKANNYA."(Adz-Dzaariyaat: 47)
"Dia telah MENINGGIKAN bangunan langit itu lalu menyempurnakannya."(An-Naazi'aat: 28)
Titik asal itu memiliki kepadatan yang tidak terfikir oleh kita kerana di dalamnyalah terkandungnya seluruh alam semesta ini. Boleh jadi kepadatannya 'melebihi tahap maksima'.
Antara hujah kepadatan ini boleh kita lihat dalam ayat berikut:
"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya LANGIT DAN BUMI ITU PADA ASALNYA BERCANTUM, lalu Kami pisahkan kedua-duanya?"(Al-Anbia' : 30)
Sebelum 'Big Bang' berlaku, yang ada hanya Allah. Ketika itu ruang belum ada, tempat belum tercipta, arah tidak wujud, posisi masih dalam fikiran Tuhan dan sempadan ataupun sisi masih belum menjadi kenyataan. Langit dan bumi belum diwujudkan. Dimensi dan waktu belum dicipta. Yang ada hanyalah Allah tanpa terpengaruh dengan ruang, tempat, arah, posisi dan sempadan. Allah juga tidak terpengaruh dengan langit ataupun bumi kerana kedua-duanya belum wujud. Selepas 'Big Bang', Allah masih seperti itu juga, bersifat baqa' tanpa mengalami sebarang perubahan sampailah bila-bila. Inilah yang dimaksudkan dalam akidah Ahli Sunnah wal Jamaah sebagai "Allah wujud tanpa bertempat dulu, kini dan selamanya".
Walaupun proses pengembangan alam semesta ini dirasakan masih berterusan tetapi kelajuan luruannya semakin lemah. Tidak seperti pada asal letusan yang kelajuannya sangat hebat, kini ia menjadi semakin perlahan.
Samalah dengan kisah 'bulu-bulu yang dilastik'. Pada mulanya meluru bak peluru, kemudiannya semakin perlahan dan akhirnya proses luruan itu terus berhenti. Samalah dengan bunga api yang ditembakkan ke udara. Pada awal letusannya, begitu laju api-apinya menerpa ke serata arah tetapi kemudiannya semakin perlahan dan akhirnya terus berhenti.
Sama juga dengan letusan bom nuklear. Dalam masa sesaat bom itu menghasilkan letusan yang ruang letupannya menjadi berkali-kali ganda saiz bom. Ketika ia mula-mula meletus, ledakan dari 'pusat letupan'nya sangat laju ke serata arah. Apabila semakin menjauh ia semakin perlahan dan akhirnya berhenti setakat kemampuannya.
Begitulah halnya proses pengembangan alam semesta. Ia adalah letusan raja segala nuklear namun hari ini kuasa letusannya mungkin sudah terlalu lemah dan boleh jadi juga sudah terhenti.
Selepas kuasa letusannya habis (terhenti), apa yang berlaku?
Dijangkakan alam semesta akan kembali menguncup. Penguncupannya ini kembali menuju ke satu titik asal. Ketika itulah segala yang ada di langit ini akan berdekatan sesama sendiri dan akhirnya bertembung. Bintang-bintang yang dulunya jauh dari bumi seolah-olah meluru ke bumi. Pada sudut pandangan penduduk bumi, bintang-bintang jatuh. Teori penguncupan ini dikenali sebagai 'BIG CRUNCH'.
Al-Quran menceritakan:
"Hari Kami MENGGULUNG LANGIT seperti menggulung lembaran surat catatan, SEBAGAIMANA Kami MEMULAKAN KEWUJUDAN SESUATU KEJADIAN, Kami ulangi wujudnya lagi sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami. Sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya."(Al-Anbiaa': 104)
Pada hari kiamat itu Allah akan menggulung semula alam semesta (mengembalikannya ke titik asal) sebagaimana Dia membentangkannya ketika alam semesta dicipta.
Wallahualam.
KOYAKAN ALAM SEMESTA
Satu teori lagi menjangkakan proses pengembangan ini akan terus berlaku namun tetap membawa kepada kemusnahan alam semesta. Teori ini dinamakan 'BIG RIP'.
Untuk memahami teori ini kita ambil contoh belon. Ketika mula-mula ia ditiup kulit belon tebal. Apabila belon semakin besar, semakin nipislah kulitnya. Akhirnya, apabila ia sudah diregang hingga ke tahap maksima, ia akan terkoyak lalu meletup.
Alam semesta ini juga akan terkoyak apabila ia teregang melebihi kemampuannya. Mungkin hal inilah yang digambarkan oleh Allah kepada kita:
"Apabila langit terbelah."(Al-Insyiqaaq: 1)
"Apabila langit terbelah."(Al-Infitaar: 1)
"Lalu terbelahlah langit, lalu ia ketika itu menjadi reput (lalu runtuh)."(Al-Haaqah: 16)
http://myalexanderw athern.blogspot. com/2008/ 12/ramalan- punca-punca- kiamat-kemusnahan.html
Khamis, Mac 26, 2009
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Punca Kemusnahan Alam Semesta silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "