Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata portal itu merupakan pusat sehenti yang memaparkan harga harga barangan di beberapa pasar raya besar, yang memberi peluang kepada pengguna untuk membuat perbandingan harga dan seterusnya membolehkan mereka membuat pilihan terbaik.
Ia turut memberi peluang kepada pengguna untuk memberi sebarang pendapat serta maklum balas, terutama jika terdapat sebarang percanggahan maklumat daripada apa yang dipaparkan itu, katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman web itu, di sini hari ini.
Shahrir berkata laman web hasil inisiatif syarikat Zenito Global Sdn Bhd itu juga akan mewujudkan keterbukaan pasaran dan menggalakkan persaingan sihat di kalangan pengusaha pasar raya.
Walaupun kementeriannya tidak campur tangan terhadap perkembangan laman web itu, namun sebarang laporan yang tidak diambil tindakan yang sepatutnya akan disusuli oleh kementerian, katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Zenito Global, Adam Breimo berkata melalui laman web tersebut, pasar raya yang menyertainya akan mengisi sendiri harga barangan masing-masing yang dikemas kini setiap hari.
Beliau berkata isu-isu kepenggunaan, serta promosi-promosi barangan akan turut dipaparkan.
Adam berkata pada masa ini hanya lima pasar raya yang menyertainya iaitu Mydin, Tesco, Giant, Jusco dan Carrefour, dan ianya terhad di kawasan Lembah Klang sahaja.
Ia akan dikembangkan ke peringkat negeri dalam tempoh tiga hingga lima bulan lagi, kata beliau.
Portal ini juga bakal dikembangkan untuk barangan lain seperti sektor perhotelan dan perusahaan kecil dan sederhana, katanya. - Bernama
Sabtu, Mac 14, 2009
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Portal Bantu Pengguna Buat Pilihan Bijak silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "