/

Empat ciuman sehari panjangkan perkahwinan

LONDON: Penyelidik berjaya membongkar rahsia perkahwinan berpanjangan dan ia membabitkan jurang umur dua tahun, empat ciuman sehari dan mengadakan hubungan seks tiga kali seminggu.

Berkongsi dua hobi, memeluk pasangan tiga kali setiap 24 jam, mengucap 'saya cintakan awak' sekurang-kurangnya sekali sehari dan menikmati dua hidangan romantik dua kali sebulan juga boleh membantu memanjangkan usia perkahwinan.


Profil perkahwinan sempurna itu dikumpul oleh laman web perancang perkahwinan, www.confetti.co.uk. Lebih 3,000 pasangan suami isteri disoal selidik untuk mencari rahsia kejayaan mereka mempertahankan perkahwinan.

Jurucakap laman web itu, Carol Richardson, berkata: "Penyelidikan menunjukkan banyak komponen yang menjadikan perkahwinan itu sempurna, termasuk jurang usia yang sesuai, tempoh bercinta dan masa untuk berkahwin.

"Nampaknya, pasangan berkahwin pada usia lebih lanjut yang boleh dikaitkan dengan wanita lebih mementingkan karier, menyebabkan cinta dan perkahwinan jatuh nombor dua."

Beliau berkata, jurang perbezaan usia untuk perkahwinan masih menetapkan lelaki perlu lebih tua berbanding wanita yang boleh dikaitkan dengan suami perlu stabil dari segi emosi dan kewangan.

"Selepas majlis perkahwinan berakhir, kajian menunjukkan betapa penting memastikan keajaiban itu terus hidup dengan ciuman, pelukan dan keluar malam bersama," katanya.

Kajian mendapati perkahwinan paling lama bertahan membabitkan lelaki yang berkahwin pada usia 31 tahun - dua tahun dan tiga bulan lebih tua dari pasangan mereka.
Suami isteri juga perlu mengucapkan 'saya cintakan awak' kepada sesama sendiri sekurang-kurangnya sekali sehari dan melakukan hubungan seks tiga kali seminggu.

Bagi memastikan hubungan sentiasa ceria, pasangan suami isteri perlu keluar makan bersama dua kali setiap bulan dan memperuntukkan tiga malam seminggu berpelukan di atas sofa bersama.

Mereka juga perlu sentiasa berhubungan - walaupun ketika bekerja - menerusi sekurang-kurangnya tiga panggilan telefon, SMS atau emel.

Dua percutian hujung minggu mengejutkan setiap tahun dan sekali percutian di luar negara setahun juga memastikan perkahwinan sentiasa kukuh. - Agensi
Muhammad Ttuyup , Sabtu, Mac 14, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog