2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 10 April 2025   
@ 12 Syawal 1446H / 2:11 AM

20Jumaat,Mac

Populasi dunia 9 bilion 2050 - PBB

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) 11 Mac - Populasi dunia diunjurkan mencecah lebih sembilan bilion menjelang 2050, peningkatan daripada jangkaan 6.8 bilion pada tahun ini dan tujuh bilion pada awal 2012.

Laporan anggaran itu yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menunjukkan, perkembangan pesat berlaku di kalangan individu berumur 15 hingga 59 tahun (1.2 bilion) dan individu berumur lebih 60 tahun (1.1 bilion).


Kajian 2008 oleh PBB itu juga menunjukkan berlaku perubahan minimum bagi pertumbuhan populasi di negara-negara membangun iaitu daripada 1.23 bilion kepada 1.28 bilion bagi tempoh yang sama.

Turut dilaporkan, populasi berkenaan juga mencatat penurunan kepada 1.15 bilion tanpa unjuran penghijrahan bersih dari negara-negara membangun ke negara maju, yang dijangka mencapai purata 2.4 juta orang setiap tahun dari tahun ini hingga 2050.

Pada tahun 2005 hingga 2010, penghijrahan bersih daripada lapan negara iaitu Belgium, Macau, Republik Czech, Luxembourg, Qatar, Singapura, Slovenia dan Sepanyol mencatat peningkatan dua kali ganda daripada pertambahan populasi dalam negara itu sendiri akibat kematian semasa lahir yang kurang.

Antara tahun 2010 hingga 2050, beberapa negara disenarai sebagai penerima migran paling banyak termasuk Amerika Syarikat (1.1 juta setiap tahun); Kanada (214,000); Britain (174,000); Sepanyol (170,000); Itali (159,000); Jerman (110,000); Australia (100,000); dan Perancis (100,000). - AFP
Adam MeRAH , Jumaat, Mac 20, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog