2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Diet sayur mungkin punca anak cacat

DUBLIN: Wanita yang mengamalkan diet sayur-sayuran ketat berisiko tinggi melahirkan anak cacat kerana kekurangan vitamin B12, kata penyelidik.

Penyelidikan yang dijalankan di Ireland mendapati wanita dengan kadar rendah B12, yang boleh didapati dalam daging, telur dan susu, apabila hamil paling berisiko melahirkan anak cacat saluran saraf.

Keadaan itu termasuk kerosakan tulang belakang, yang menyebabkan separuh lumpuh dan 'anencephaly' iaitu otak tidak berkembang dan selalunya meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan.

Wanita yang mahu hamil atau sedang hamil dinasihatkan mengambil pil tambahan asid folik kerana ia melindungi dari kecacatan itu dan pengambilan vitamin B12 mengurangkan risiko itu.

Sepasukan saintis Institut Kesihatan Kebangsaan, Kolej Trinity Dublin dan Lembaga Penyelidikan Kesihatan Ireland mendapat wanita yang rendah paras vitamin B12 berisiko 2.5 hingga tiga kali lebih berkemungkinan mendapat anak cacat saluran saraf manakala wanita yang dikelaskan sebagai kurang B12 lima kali lebih berkemungkinan mendapat anak cacat.

Kajian itu disiarkan dalam jurnal Paediatrics.

Pengarah Institut Kesihatan Kanak-Kanak dan Perkembangan Manusia Kebangsaan di Maryland, Amerika Syarikat, Dr Duane Alexander, yang mengambil bahagian dalam penyelidik itu berkata: "Vitamin B12 penting untuk menggerakkan sistem saraf dan pengeluaran sel darah merah.

"Hasil kajian menunjukkan wanita yang rendah paras B12 bukan hanya berisiko mengalami masalah kesihatan, tetapi juga meningkatkan peluang anak mereka dilahirkan dengan kecacatan serius." - Agensi
Muhammad Ttuyup , Jumaat, Mac 20, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog