BERLIN: Penyelidikan mendapati orang ramai berisiko tiga kali lebih tinggi mengalami serangan jantung jika kerap tersangkut dalam kesesakan jalan raya, kemungkinan disebabkan asap ekzos dan pencemaran lain yang disedut.
Wanita lebih berisiko berbanding lelaki - lima kali lebih berisiko berbanding biasa untuk mengalami serangan jantung jika terdedah kesesakan lalu lintas dalam masa panjang.
Saintis yang membuat kajian itu berkata, ketika pencemaran lalu lintas memainkan peranan dalam hasil penyelidikan, mereka tidak menolak ketegangan akibat memandu atau tersangkut dalam kesesakan sebagai punca serangan jantung.
"Satu faktor berpotensi mungkin ekzos dan pencemaran udara yang datang daripada kereta. Namun kita tidak boleh menolak kaitan antara tekanan dan pencemaran udara," kata ketua unit penyelidikan dari Institut Epidemiologi di Helmholtz Zentrum Muchen di Jerman, Dr Annette Peters, yang mengetuai kajian.
Selain wanita, lelaki tua dan pesakit yang mempunyai sejarah masalah jantung juga berisiko tinggi.
Penyelidik memantau 1,454 pesakit yang diserang sakit jantung di Augsburg, selatan Jerman, antara Februari 1999 hingga Disember 2003, dan menganalisis tahap trafik yang terdedah kepada mereka empat hari sebelum itu.
"Ia cuma satu faktor. Kami pada awalnya terkejut mendapat kaitan kuat antara trafik dan serangan jantung, yang kami siarkan kali pertama pada 2004 berdasarkan siri kes 691 pesakit. Amat meyakinkan kami boleh mengesahkan semula kaitan ini dalam siri kes lanjutan.
"Kini, penting untuk mencari puncanya, sama ada ia pencemaran udara atau tekanan atau kedua-duanya," kata Dr Peters.
Katanya, langkah mengurangkan pencemaran di kawasan pembinaan berpotensi mengurangkan serangan jantung.
Bentuk paling biasa pendedahan kepada trafik ialah dalam kereta, berbasikal atau menaiki pengangkutan awam. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "