2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Duit lakon pondan haram


KUALA LUMPUR: "Matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Apabila ia haram, ia tetap tidak boleh dilakukan walaupun dengan alasan untuk kebaikan," kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, mengenai semakin ramai pengarah serta penerbit filem dan drama berlumba-lumba menghasilkan filem homoseksual berkisar kehidupan pondan dan lesbian.

Noh berkata, dalam Islam, hukum itu jelas menyebut setiap lelaki tidak boleh menyerupai perempuan serta sebaliknya perempuan tidak boleh menyerupai lelaki berikutan hukumnya haram serta dilaknat Allah.

Justeru katanya, setiap perbuatan, perlakuan yang menyerupai mana-mana sifat yang bertentangan dengan kejadian asal ciptaan Tuhan tidak boleh di pertonton serta ditunjukkan kepada umum.

"Jika mereka ingin menyampaikan mesej yang baik, banyak lagi cara boleh dilakukan, bukan dengan melanggar hukum Allah. "Dalam Islam sendiri sudah jelas jika perkara itu haram, maka ia tidak boleh dilakukan dan tetap berdosa walaupun dengan alasan untuk kebaikan. "Ini boleh kita umpamakan dengan watak Robin Hood yang mencuri untuk disedekahkan kepada orang susah sedangkan perbuatan itu memang salah dan berdosa. Jadi segala hasil yang diperoleh adalah haram," katanya.

Menurutnya, semua pihak harus memainkan peranan mengenai perkara ini kerana jika dibiar berterusan, ia boleh menggalakkan orang ramai khususnya remaja berjiwa lembut terjerumus dalam kancah golongan pondan.

Katanya, pihak penerbit, pengarah, pelakon serta penapis filem perlu mempunyai pengetahuan agama berkaitan perkara membabitkan hukum Islam kerana jika ia tidak dibendung akan menyebabkan permasalahan sosial semakin berleluasa.

"Orang ramai terutama yang beragama Islam harus tahu serta mempunyai pegangan agama mengenai perkara ini kerana jika ia dilakukan untuk mengaut keuntungan, pendapatan yang diperoleh itu adalah haram.

"Semua pihak termasuk ibu bapa harus mencegah perkara ini kerana jika ia tidak dibendung, ia mungkin menggalakkan ramai lagi remaja terjerumus ke kancah itu," katanya.

Harian Metro, Isnin lalu melaporkan mengenai drama 'Donut' karya terbaru produksi milik pelakon, pengarah serta penerbit, Sheila Rusly yang menampilkan kisah homoseksual dengan pelakon utamanya memegang watak pondan lengkap berpakaian wanita.

Drama yang bakal di tayang menerusi slot Astro Ria, menampilkan pelakon Norman Hakim, sebagai Zee menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lagi watak utama, Shakir lakonan Fizz Fairuz.

Selain itu, drama Mabuk Estrogen yang turut menampilkan Fizz Fairuz dan Roslan Shah juga bakal menimbulkan kontroversi kerana didakwa menampilkan adegan 'bercium' antara dua pelakon lelaki utamanya itu. - Oleh Mohd Azam Shah Yaacob (myMetro)
Adam MeRAH , Jumaat, Mac 27, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog